- #mainsurat
- Posts
- Komen Pendengar Baru Lab The Rat
Komen Pendengar Baru Lab The Rat
oleh Aliff Awan
Kelahiran lewat, buatkan Lab The Rat (LTR) tak pernah sekali pun muncul dalam Apple Music saya. Atau dalam poster mana-mana acara yang melintas di media sosial. Sehinggalah @inirondivu kongsi poster “Ubat Rindu” di media sosial.
Ada motherwit, The Impatient Sisters dan fikir saya, “Oh, diorang lah headline kot?”, tapi rupanya bukan. Malam itu, mereka akan jadi band yang mengiringi kepulangan LTR dari Australia.
Saya makin keliru, macam, “Okay, cuba kasitau aku siapa Lab The Rat ni?”
Grab dipesan dan daripada Bandar Utama, perlahan-lahan bau Live Fact dihidu. Tempat ni… haish… ada love-hate (kasih & kasihan) relationship sikit. Seperti malam ini, kasih pada tempat ini sebab ia sering menemukan saya dengan band-band baru (atau yang dah selalu dengar nama, tapi tak tergerak telinga nak dengar). Dan… kasihan saya biasanya pada bunyi yang terhasil. Selalunya ia mendap dan seperti dulu, ketika menonton motherwit, saya ada beritahu bagaimana tempat ini menenggelamkan vokal, mengurangkan ghairah penonton.
Tapi, ia intim. Dan untuk menyambut kepulangan semula LTR selepas lama, mungkin kita cuma perlukan ruang intim. Untuk peluk-peluk dan melepas rindu. Dan ini, Live Fact confirm boleh sediakan.
Kehadiran saya lambat, terpaksa berpeluk dengan rugi sebab terlepas The Impatient Sisters. Bibir dah berkira-kira nak menyanyi ‘Rumah’ atau ikut ‘Mari Menari’, tapi mungkin lain kali. Jadi, bila saya sampai, Tarimosi yang jadi penyambut tetamu.
Sewaktu kumpulan ini muncul, social media presence mereka dah cukup kuat dengan marketing serba biru dan simbol palang kesihatan. Walaupun arah bunyi mereka sedikit keliru ketika itu, saya seronok melihat ketelitian band ini melayan hasil kerja mereka dengan pemasaran yang kemas. Jadi, tak salah untuk malam itu, saya pasang telinga.
Dan selepas beberapa lagu, saya rasa macam, “Kenapa bunyi dia sama dari tadi?”
Seperti template, kesemua lagu nyanyian band dengan helmet biru muda ini hampir buatkan kebosanan menjadi baju. Bukanlah menguap atau apa, tapi saya undur ke belakang dan kata kat diri sendiri, “It’s okay. Diorang baru ada satu lagu. Jangan harsh sangat,” jadi saya buka Apple Music dan masukkan ‘Relapse’ dalam senarai. Selesai melompat sakan dengan Syarul, rehat memenuhi pentas untuk kasi ruang motherwit bersiap.
Ya, selain ‘Tatal’ yang memukau dan dianggap sebagai lagu pembuka terbaik daripada semua set, saya memang datang untuk dengar ‘salam’.
Malam itu, sekurang-kurangnya ‘salam’ dipentaskan dengan hemah dan sewajarnya. Ketegangan ada. Rasa penuh tu ada. Kali ini, percaturan kumpulan ini bijak dengan backing track yang dipasang untuk wujudkan perasaan sama sewaktu mendengar versi studio.
Saya tak rasa idea “macam versi studio” ini bagus sebab sebagai performer, pentas adalah tempat untuk kita ukir ingatan paling kuat kepada penonton. Jadi, susunan baru biasanya akan dihulur. Cuma malam itu, saya tak cari benda baru, saya cari persembahan yang lebih kemas daripada dulu. Dan saya jumpa. Kira motherwit redeems themself la.
Sesekali, muncul kumpulan ini di bayangan kepala berpentas di ruang terbuka. Masih, saya rasa bunyi mereka tak patut dikepung, sepatutnya dibiarkan berjalan keluar. Tidak terperangkap seperti malam itu. Bayangan sajalah.
Oh, siapa yang tak kenal Kyoto Protocol kecuali saya? Selain nama, lagu-lagu mereka pernah cuba didengari, tapi maafkan telinga saya sebab ia gagal berpaut. Cuma malam itu, dengan pengalaman berpentas yang panjang, memang band serba gelap tapi ceria ini jelas kelihatan selesa berada di situ.
Interaksi dengan penonton tak pernah gagal. Jeda antara persembahan diisi dengan speech yang kedengaran bersahaja dan penting. Sebagai bukan pendengar, saya tetap nak dengar apa yang mereka ucapkan malam itu. Lain pula dengan motherwit yang masih gemuruh bila sampai segmen rehat antara lagu.
Dan lepas beberapa lama, akhirnya Lab The Rat muncul di atas pentas. Oh, ramai! Sebelum jauh, memang sengaja saya elak dengar atau cari lagu mereka pra-gig malam itu. Saya nak dengar buat pertama kali di Ubat Rindu dan nak “cabar” mereka, “Tolong buat aku masukkan korang dalam library aku.”
Obviously, mereka berjaya. Bukan setakat streaming platform, CD pun dibeli.
Sebenarnya, ada je part yang sedikit messy ketika didengar. Dengan patah kata yang banyak pada lirik, susah untuk saya fokus. Tapi, yang menyelamatkan semuanya adalah lagu sedap dan showmanship bukan kaleng-kaleng.
Tak buang masa, malam itu, ‘Unstoppable’ dan ‘Panic Attack’ jadi feveret. Biasanya, pemberatan lagu macam ini adalah pada letak persembahannya. Dan malam itu, dimainkan baik dengan tenaga super-padu, saya tak boleh tolak usaha LTR yang cuba nak ukir nama mereka dalam otak saya. Keseronokannya terbawa-bawa sehinggakan setiap kali mendengarkan lagu-lagu ini ketika berjalan, muncul mereka yang tengah melompat-laung di atas pentas. Dan… ‘Airinna’, is just another good song oleh mereka. Pengagihan rangkap kepada setiap vokalis dalam band ini adalah keputusan paling bijak. Dua lagu ni dah cukup untuk jawab soalan perenggan ketiga saya tadi.
Melalui gig ringkas ini, nampaklah diorang lepas rindu berpentas sambil-sambil ubat rindu peminat.
Awal-awal, fikir saya yang Syarul adalah vokalis utama dan semua yang ada mikrofon di atas pentas adalah backup vocal. Rupanya, tidak. Instead of mengiringi nyanyian, saya lebih selesa untuk menganggap mereka sebagai peledak persembahan. Tanpa mereka, lagu-lagu LTR mungkin another lagu yang lebih seronok didengari secara akustik.
Macam mana tu? Di atas pentas, di antara keluarga pemuzik dan instruments yang ramai, ada seorang gadis, berbaju hijau dan berkaca mata. Namanya, Shahirah. Dan astaga, saudari, boleh beri sedikit kemesraan dan tenaga berpentas anda malam itu kepada saya dan performer lain?
Bak kata millennial, “You literally ATE.”
Gig selesai dan malam itu, saya akur dan berjaya kenal siapa Lab The Rat ni.
Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].
Reply