• #mainsurat
  • Posts
  • Loosy dan Messy, Motherwit Belum Ready?

Loosy dan Messy, Motherwit Belum Ready?

Biasanya kalau kita melawat seni di galeri, ia mesti dinding putih dan sunyi. Lukisan-lukisan digantung-susun oleh kurator dan mereka cuba mencipta bunyi.

Biasanya juga bila kita mendengar muzik langsung, ia mesti dinding gelap dan pikuk. Alat-alat muzik dipetik-ketuk oleh pemain dan mereka sibuk memastikan telinga kita hiruk.

Dan apabila kedua-dua ruang yang gagal merenung wajah masing-masing ini disatukan, mana yang lebih dipeduli?

Rasanya, itu yang Motherwit cuba buat sewaktu pelancaran EP sulung mereka, anteseden, Mac lalu. Sepatutnya, tulisan ini keluar April lepas, tapi dokumen asal hilang dan saya ambil masa yang terlalu lama untuk menulis semula. Ampunz.

Ia mungkin sesuatu yang telah lama ditinggalkan, tapi masih ada baki ingatan dalam benak; tentang Ilmare, Viona, lukisan-lukisan di dinding dan persembahan langsung anteseden tu sendiri.

Viona di atas pentas, diserikan warna lampu.

Ini kali pertama saya tengok Takahara Suiko atau lebih elok untuk saya address dia sebagai Viona kalini. Maksud saya, The Venopian Solitude always hadiahkan kita dengan persembahan maha-seronok, cuma kalini, kali pertama saya melihat dia tanpa band.

Hanya berdiri dan alatan serba canggih yang boleh-tak-saya-tahu-apa-nama-dia terlekat dekat mic stand, dia dah sedia untuk buat kita diam dan dengar. Menyanyikan seluruh album D.I.V.O.R.C.E., saya yang harapkan Nur, masih enjoy dan ingat sampai harini.

Tapi, ada pengalaman yang tak boleh dilupa. Waktu sampai. Masuk saja, lepas seorang gadis bermain gitar (harapnya dia lebih yakin dan enjoy di atas pentas next time), tiba-tiba seorang gadis lain naik ke pentas. Besar, jelas dan merdu, dia memanggil saya untuk menyempitkan diri dalam keramaian tanpa sedar. Dia Ilmare.

“Apa tandanya pergi?/ tentang jarak yang tandanya kembali?” diulang-ulang sepanjang nyanyian. Remang masih berbaki sehingga tamat persembahan dan akhirnya, saya cari dia di Apple Music dan Pasti Disemogakan jadi antara lagu paling kerap saya stream tahun ini.

Dengan gesture serba natural, macam mana saya sebagai performer tak rasa tertarik? Ia pengalaman paling enjoyable bila tengok performer lain selesa dan memahami keseronokan di atas pentas untuk membuat persembahan. Tanpa gerak, cuma kejelasan dan kefahaman kata-kata. Cukup untuk buat takjub.

Dan sayangnya, ketakjuban ini hanya hadir sewaktu Ilmare dan Viona muncul di depan mata. Motherwit? Saya okay je, tapi sedikit kecewa.

Kenapa? Buat masa sekarang, saya lebih seronok mendengar lagu-lagu mereka secara dalam talian. Versi studio. Dan bukan versi langsung. Ada sesuatu yang tertinggal dan saya letak “sesuatu” tersebut paling ketara sewaktu ‘salam’.

Salam adalah feveret dalam anteseden. Intense sewaktu verse lagu ini adalah keseronokan paling dahsyat waktu mendengar seluruh EP. Saya hampir kata yang ia adalah sebuah masterpiece mereka sehinggalah ia dipersembahkan.

Ketegangan tiada, keseronokan tak sampai-sampai. Loose dan messy sewaktu lagu ini dipersembahkan membuatkan ia rasa… biasa. Masterpiece? Mungkin versi studio jelah kot.

Tidaklah saya tahu kalau ia sebab pentas yang kecil, energy yang terkurang-lebih atau ragu yang ada dalam ahli motherwit sendiri, tapi salam menghulur tangan dan membabai saya selepas malam itu. Sayang.

Cuma kredit paling besar sepanjang persembahan utama malam itu perlu dianugerahkan kepada jurulampu. Berapa lama dia praktis agaknya, tapi malam tu lampu memang seksi. Dan rambut Sahaq juga.

I wish saya boleh remember persembahan mereka malam itu. Remember sebagai satu momen yang untuk dikenangronok. Tapi, tak apa. Sentiasa ada next time.

Entah siapa yang menguruskan acara ini sepenuhnya, tapi usaha untuk menyatukan seni lukis dan seni muzik dalam satu ruang serba kecil ini perlu ditepuk tangan. Walaupun pada satu masa, ia sedikit-sebanyak mengingatkan saya kepada ketidakselesaan (sorry, cuma saya percaya menikmati seni lukis, kita perlu berada di ruang serba luas), tapi ia kerja yang okay bila ruang dipecahkan kepada dua; depan dan belakang.

Dan hari itu, bila rimas di depan, saya ke belakang. Bila dah reda, saya ke depan semula. Ia macam satu ruang untuk ketegangan tubuh direhatkan sebab bersosial lepas sekian lama agak mindblowing.

Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].

Reply

or to participate.