• #mainsurat
  • Posts
  • PBAKL: Travelog, Puisi, Puisi dan Cerpen!

PBAKL: Travelog, Puisi, Puisi dan Cerpen!

Walaupun pesta buku sedang berlangsung, ada beberapa kawan penerbit yang tak dapat turun sekali. TAPI, diorang berniaga di Shopee.

oleh maingayong

Pesta Buku ni memang scene sastera kata adalah rumah terbuka untuk semua peminat buku hadirkan diri. Lagi-lagi bila semua penerbit berkumpul dalam satu tempat. Tinggal nak cari, singgah, kemudian beli.

Dah nama pun rumah terbuka, mestilah ada beberapa penerbit yang bersedia dengan rancangan penerbitan sendiri. Di bawah ini, kami share satu penerbit yang menerbitkan buku baru penulis sastera maha popular dan juga satu lagi penerbit yang baru saja umumkan pemenang pertandingan puisi yang mereka anjurkan!

1. Hadi, Hadi Anadolu

Booth: Kawah Buku (Reruai 6-50, Dewan Tun Razak 3)
Penerbit: Kawah Buku
Penulis: Faisal Tehrani

Tak perlu kita perkenalkan lagi siapa Faisal Tehrani, cuma buku ini tarik perhatian kami!

Ini travelog pertama yang ditulis oleh FT selepas berpuluh tahun terlibat dalam dunia sastera. Dia telah menulis sejumlah cerpen, novel, syair dan esei mingguan. Tapi... untuk tahu ini travelog pertama, ia very interesting!

Kami sempat belek Sabtu lepas, dan production wise, buku travelog ini ya Allah terlalu mengghairahkan.

Katanya travelog ini ditulis selepas Faisal menghilangkan diri sekejap dari arena penulisan selepas kemenangan novel 1515. Kehilangannya buatkan orang tertanya dia pergi mana sebenarnya?

Dan travelog yang menemukan Faisal dengan futuwwah (youth, bravery, generosity) di bumi Anadolu ini adalah jawapannya~

2. 4 Buku Puisi Hadiah Puisi T. Alias Taib II

Booth: KataPilar Books (Reruai 9-05, Marquee Tent Plaza Merdeka)
Penerbit: Rabak-Lit
Penulis: Haniff Zikri, Abdullah Hussaini, Hidayyah AT Mizi, A.A. Zailiani

Sayembara Puisi KataPilar yang ditukarkan nama menjadi Hadiah Puisi T. Alias Taib ini telah masuk edisi keempat.

9 Mei lepas, 4 pemenang telah diumumkan dan menariknya, kalau kita cantum keempat-empat cover buku ini, ia akan membentuk wajah T. Alias Taib, seorang penulis yang penting dalam mencorak semangat puisi Malaysia.

Kami ikuti kesemua 4 sayembara and worth to say yang ia takkan mengecewakan.

Terfikir nak join pertandingan tulis puisi ini next time? Dapatkan sekali Laporan Akhir Juri supaya boleh faham apa yang mereka cari!

Dalam meriah PBAKL ini diraikan, ada juga beberapa rakan penerbit yang belum cukup rezeki untuk ada booth di acara ini. Jadi, kami nak korang try juga browse beberapa buku dan penerbit di bawah kalini. Mana tahu tahun depan diorang boleh join berniaga juga!

3. Ini Kali Pertama Aku Melihat Garisan

Cara Pembelian: Hubungi Petak Daud ATAU Terbitan Langit
Penerbit: Terbitan Langit
Penulis: Petak Daud

"rumput bergesel/ sesamanya/ seperti nyawa dunia/ menghampiri kita" (Dari buku Apa Maksud Pulang Yang Sering Kau Ulang? terbitan Rumah Ripta).

Bila ternampak nama sosok yang tak asing lagi dalam penulisan puisi ini, kami akan teringatkan stanza di atas ini. Ia berbekas, macam mana Petak gambarkan payah hidup ini dengan sekadar melihat rumput. Ia pemerhatian yang ranum orang kata.

Jadi, bila pelan-pelan Petak promote sesuatu di tweetnya, kami dah tak sabar.

Ini buku puisi terbaru. Katanya, "ini adalah pemerhatian halus dan catatan detik-detik kecil kehidupan, diterjemahkan menjadi puisi. Seperti pengalaman pertama kali menemui situasi, kita akan menghadapi segala maksud dan erti. Sesekali akan sampai ke bahagian yang tak mampu diucapkan, sesekali akan sampai ke pintu-pintu jawapan."

Dalam buku kali ini, setiap bait mungkin adalah renungan, setiap halaman adalah pantulan.

4. Zine Siluet dan Schadenfreude

Pembelian: Shopee
Penerbit: Swaterbit dengan kerjasama Sekutu Buku Anti Kemampanan
Penulis: Neesa Jamal

Pernah menulis novel Siong terbitan FIXI, juga terlibat dalam beberapa filem sebagai penulis skrip (Stone Turtle dan Zombitopia), Neesa Jamal kembali mengorak langkah dengan menerbitkan cerpen pula.

Koleksi cerpen ringkasnya dah diterbitkan oleh penerbit yang promising di mata kami hari ini iaitu Sekutu Buku Anti Kemampanan.

Cerita-cerita dalam zine Siluet belum pernah diterbitkan di mana-mana dan kata penulisnya, "Ia lebih raw, personal, pilu dan singkat."

Kami pun belum baca, tapi sebab nama Neesa disebut-sebut dan kerja penerbitan ini pula diselia oleh Mohd Azmen jadi obviously, kami akan dapatkan ini!

Termasuk 4 buku ini, ada 8 naskah kami dah kongsi kepada anda. Ia bukanlah senarai wajib beli, tapi antara beberapa buku yang tarik perhatian kami. Ada banyak lagi penerbit korang perlu teroka. Tapi, cemana?

Dengan pergi PWTC dan enjoy keseluruhan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025! Ada baki lagi 7 hari sebelum pesta ini tamat Ahad nanti.

Plan siap-siap! Kami suggest naik public transport sebab susah jumpa parking~

Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].

Reply

or to participate.