- #mainsurat
- Posts
- PBAKL: Ini Buku Pasal Seni Lain!
PBAKL: Ini Buku Pasal Seni Lain!
Dari filem jadi novel. Dari novel jadi filem. Ada juga buku pasal muzik tempatan paling latest! Ini korang kena cari di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 weekend ni~

oleh maingayong
Setengah tahun ini, meriah kerja-kerja penerbitan buku Malaysia bersilang bidang. Ada yang dari novel, jadi filem. Ada yang dari filem, jadi novel. Ada juga pertambahan buku sekitar muzik tempatan yang muncul (walaupun tak sampai 5, tapi tetap banyak dibandingkan tahun lepas).
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi tahun ini, berlangsung di PWTC dari 23 Mei hingga 1 Jun 2025. Kami nak suggest beberapa buku yang menarik perhatian kami dalam #mainsurat kali ini:

1. Gantung: 3
Booth: Kembara FIXI (Seksyen 8-20 & 8-21, Dewan Tun Razak 4)
Penerbit: FIXI
Penulis: Nadia Khan
Peminat awal penerbit indie, FIXI, yang dibenci cikgu sekolah ini mesti sekurang-kurangnya pernah membaca Gantung sekali. Berkisarkan tentang 4 budak lelaki (Musketeers) yang buat agreement antara satu sama lain dan… satu kejadian yang mengubah hidup budak-budak ni.
Siri pertama buku ini terbit pada 2013 kemudian disusuli oleh 2 siri lain (Gantung: 2 dan Musketeers). Kini, sambungan kepada cerita 4 budak lelaki ini pula ada dalam Gantung: 3!
Paling menarik, Nadia Khan baru je announce filem Gantung akhirnya akan masuk panggung 5 Jun 2025 ni!
Kita beli dan baca buku dulu, lepastu terus gerak tengok filem! Onz?

2. Algorifobik: Alternatif Resah Algoritma
Booth: Rabak-Lit X Kemves (Depan Pintu Masuk Utama TR4, Tingkat 4)
Penerbit: Rabak-Lit
Penulis: Zim Ahmadi, Ku Syafiq, Farhira Farudin, Alkamil Kamarludin, Zhafirin Zulkifli
Kita dah biasa baca cerita lama tentang muzik tempatan; OAG, Free Love dan KRU antaranya. Satu-satunya sebab kita masih dapat baca cerita mereka adalah kerana kerja dokumentasi dalam bentuk tulisan yang dilakukan penulis sezaman mereka.
Kalau muzik hari kini, macam mana pula?
Buku ini menampilkan 20 esei daripada lima penulis muzik yang prominent sekarang. Malah, band dan lagu-lagu yang disebut adalah work-work yang muncul antara 2017 hingga 2024.
Kalau paling last korang dengar indie band adalah Iamneeta atau Couple, ini masanya untuk catch up semula!

3. Mencari Ramlee
Booth: Jejak Buku JIWA (Reruai 3-10A, Dewan Tun Razak 3)
Penerbit: JIWA
Penulis: Raiha Bahaudin
Sebelum keluar panggung 19 Jun nanti, Playground Films bekerjasama dengan penerbit buku tempatan, JIWA, untuk hasilkan sebuah novel!
Kata penulisnya, Raiha Bahaudin, novel dan filem ini boleh berdiri sendiri sebab sepanjang menulis, tak ada satu pun footage filem yang dia dapat tonton.
Makna kata, novel ni memang fully idea penulis berdasarkan story treatment yang diguna pakai untuk skrip filem Mencari Ramlee ni! Interesting~ 👀

4. Menten Selekes
Booth: Belum pasti (Kalau tak jumpa di PBAKL, DM je media sosial Dubook!)
Penerbit: Dubook Press
Penulis: Mohd Jayzuan
Lepas Jalang Indie Rock, kami memang nantikan buku Jayzuan yang merakam lagi hidup dan pendapatnya tentang seni.
Kami pun belum tahu apa maksud Menten Selekes, tapi kata penulisnya ini adalah sebuah "buku-majalah berisi koleksi catatan rawak-pendek-kasar berkenaan muzik kontra-budaya, sub budaya underground, melankolia pengalaman silam dan nota-nota tentang hidup yang tak konvensional."
Takde apa yang perlu digusarkan kalau Mohd Jayzuan yang tulis!
Ini 4 buku persilangan bidang yang kami look forward. Isnin depan kami akan share lagi 4 buku cereka lain yang kami rasa berbaloi untuk kita semua beli dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 dan baca!
Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].
Reply