- #mainsurat
- Posts
- Sambung Bacaan Anda Dengan Buku Ini (2)
Sambung Bacaan Anda Dengan Buku Ini (2)
oleh maingayong
Kami sambung usaha untuk memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung di WTC Kuala Lumpur tahun ini. Sebelum ini, 8 judul daripada 4 penerbit telah dikongsikan melalui siri pertama emel ini.
Hari ini, kita kongsi lagi 4 judul yang mengujakan buat kami:
1. Motel
Booth: Buku Fixi (4126-4129, 4130-4132, 4147-4149, Dewan Tun Razak 4, Tingkat 4)
Penerbit: Buku Fixi
Penulis: Sahidzan Salleh
Selepas menunggu beberapa tahun, akhirnya penulis ini muncul dengan karya terbaru. Berkisarkan tentang sebuah motel terpencil, yang terlalu banyak menyimpan seribu satu rahsia.
Selain MG gemar melihat penulis ini kembali, kami juga suka dengan keterbukaan Buku Fixi untuk terus bekerjasama dengan artis baru tiap kali buku baru keluar. Kali ini, cover depan Motel dihiasi dengan lukisan Muharos!
Fun fact: Beliau juga merupakan designer untuk booklet Masih Yuna.
2. Larut Di Metaverse
Booth: Nusa Centre (Aras 2, Bilik Pulau Pinang)
Penerbit: Rumah Kertas
Penulis: Fatin K. Elysha
Sekali lagi, FYP jadi buku! Nusa Centre atau kali ini, menerusi anak penerbitan mereka, Rumah Kertas kekal aktif mencari karya penulis muda dan baru untuk diterbitkan.
Seperti judulnya, novel ini berlatarkan zaman moden dan sejarah degan gabungan teknologi reality virtual dan reality augmented. Biarpun perkataan ini sukar disebut, menariknya cerita panjang ini katanya tentang sejarah Perang Larut di Perak!
Kalau anda mamat history (atau mungkin nak belikan supaya adik anda yang otw SPM minat Sejarah), this is your time to shine!
3. Kau Kurnia Buatku
Booth: Ini Buku JIWA (A01-A03, Pintu Bilik Mawar)
Penerbit: JIWA
Penulis: Akmal Arsat
Hadir dengan buku kedua, kali ini Akmal Arsat menulis puisi dengan soalan paling utama, "Pernah tak kita betul perhati tubuh ibu bapa kita?". Bercakap tentang pengorbanan ibu bapa yang telah tanpa sengaja kita kuburkan dalam kehidupan.
Mengandungi sejumlah puisi, buku bawah kategori "Perasaan" ini adalah "sebuah cinta yang tercicir sewaktu mengenal erti hidup. Oh, copy pun dah puitis, apatah lagi bukunya!
Baca dengan JIWA kemudian rasakan puisi ini! Gitu~
4. Koleksi Buku S. Othman Kelantan
Booth: Nusa Centre (Aras 2, Bilik Pulau Pinang)
Penerbit: Kerjasama DBP-Nusa Centre
Penulis: S. Othman Kelantan
Hadir dengan 5 judul laris, kerjasama DBP dan Nusa Centre ini sewajarnya diraikan sebab… sebenarnya susah nak cari judul-judul lama ni!
Ada pembaca terdahulu kata, kalau belum sampai Kelantan tapi nak tahu macam mana ragam di sana, bacalah Orang Kota Bharu. Malah, novel yang pernah diadaptasi menjadi filem “Jogho” iaitu Juara turut akan dicetak semula.
Paling menarik, kalau tempah sekarang, korang dapat 30% diskaun! Hubungi saja 014-843-0740 dan buat tempahan melalui Nurin Nusa Centre. Kalau tak mahu pra-tempah, beli saja di PBAKL nanti!
Settle senarai buku yang MG suggest! 7 booth, 16 buku yang kami nak anda cari, belek, baca dan beli sempena #PBAKL2024!
Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected]
Reply