- #mainsurat
- Posts
- Sambung Bacaan Anda Dengan Buku Ini (1)
Sambung Bacaan Anda Dengan Buku Ini (1)
oleh maingayong
Kalau ada satu acara yang saya tunggu setiap tahun, ia mestilah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)! Pernah berpindah-randah ke beberapa lokasi lain, nampaknya tiada satu pun tempat lain yang dapat memudahkan urusan peminat pesta buku ini selain di WTCKL.
Nak cari buku apa kalini? Ini antara judul yang terkini dan best!
1. Perjuangan (Malaysia’s Forgotten Struggles for Freedom)
Booth: Toko Pujangga Baru (3148, Dewan Tun Razak, Tingkat 3)
Penerbit: Cendekia
Penulis: Khairudin Aljuned
Minat pasal era penjajahan kolonial? Minat gerakan radikal di Tanah Melayu dulu? Buku ni memang wajib!
Penulis berkongsi tentang bentuk perlawanan, protes dan gerakan-gerakan yang muncul di kalangan masyarakat Malaya pada masa tersebut. Tanpa mereka, tiada perjuangan untuk dapatkan kemerdekaan!
2. Merabak Sembah (Antologi Sajak Orang Berlima)
Booth: Rabak-Lit Musicology (4081 - 4084, Dewan Tun Razak 4, Tingkat 5)
Penerbit: Rabak-Lit
Penulis: ba.re, Aliff Awan, Meor Hailree, Tulangkata, Jack Malik
Kalau dulu ada Sajak Bertiga, era ini kita ada Sajak Berlima. Antologi ini nenghimpunkan 50 sajak atau puisi daripada lima orang penulis yang berasal dari Utara, Selatan dan Tengah Semenanjung Malaysia. Puisi-puisi ini mengajak kita untuk slow down & hidup merafak, mikrokosme kata-kata dan kekitaan.
Katanya antologi ini mencabar batas persoalan, “Apakah itu sajak?”. Betul ke ia boleh tawarkan secebis puitika Malaysiana kontemporari? Try dulu, judge japgi!
3. Tanah Serendah dan Cerpen-Cerpen Lain
Booth: Toko Pujangga Baru (3148, Dewan Tun Razak, Tingkat 3)
Penerbit: Self-publish
Penulis: Naim al-Kalantani
Siapa sangka tesis akhir boleh jadi buku?! Naim al-Kalantani menyiapkan kumpulan cerpen edisi terhad ini semasa memenuhi sebahagian syarat untuk bergraduan dalam Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA.
Apabila disoal, "Buku ini best ke?". Jawab penulis, "Sedap tak sedap belakang cerita, yang penting aku dah grad."
4. 1 Novel dan 4 Koleksi Cerpen Rocky Press
Booth: TokoSue x Rocky Press (4035-4036, Dewan Tun Razak 4, Tingkat 4)
Penerbit: Rocky Press
Penulis: Jasad Bersiong, Regina Ibrahim, Ben Nizari, Farahin W, Steff Fleur
Selepas 2 buku tahun lepas, penerbit baru ini muncul pula dengan 5 judul baru tahun ini. Mostly, daripada penulis yang orang dah kenal tapi suprisingly, ini buku pertama mereka.
Menangguhkan buku pikat line-nya, Jasad Bersiong hadir dengan koleksi cerpen pertama sementara aktivis dari Johor, Farahin W, pun turut follow menulis cerita-cerita pendek dalam “Komedi Orang Minyak”. Paling menarik, pengusaha kedai kopi dan cikgu gitar di kampung, Ben Nizari, akhirnya membuat keputusan untuk menerbitkan cerita-cerita sinisnya.
Menyambung semangat menulisnya, Regina Ibrahim turut muncul dengan koleksi 20 cerita pilihan melibatkan kisah sekitar cisgender dan transgender, kerana katanya "Kita dalam drama kehidupan sebenar merupakan entiti yang saling menyaling".
Haaa… ini 4 booth, 8 buku yang kami nak anda cari, belek dan baca nanti di #PBAKL2024! Kami akan kongsi 4 booth lagi minggu hadapan. Sabar sat.
Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].
Reply