• #mainsurat
  • Posts
  • Temu Pasor Cabar Masyarakat Ipoh Dalam Pasar

Temu Pasor Cabar Masyarakat Ipoh Dalam Pasar

Acara 3 hari dalam pasar ni sebab nak cabar limit audiens dan event Malaysia!

Sekitar 2018, Jasad pernah pesan, “Kau dah besar nanti, jangan lupa siapa yang ada dengan kau waktu kecil.”

Dan sikit pun, saya takkan lupakan semua individu yang ada ketika fasa saya masih meneroka tulisan, seni dan sajak.

Termasuklah zine.

Mini-magazine yang lebih mesra disebut sebagai zine memang takkan pernah saya nafikan kuasa yang ia miliki.

Sebab usaha kecil penerbitan zine solo pertama saya oleh Terbitan Langit berjudul Kaca Mencari Ikan, lebih ramai beri perhatian pada saya. Sebab ibu yang layan saya pergi kedai fotostat Khair Zawawi (Hijau Bookvalley) di Bukit Beruntung juga, beri peluang untuk saya berkenalan dengan lebih ramai individu penting dalam lapangan seni. Walaupun mereka tidak cukup konsisten dan popular.

Jadi, apabila Kinta Zine Club edarkan poster Temu Pasor beberapa bulan sebelum ini, kobar dada saya tiba-tiba memarakkan semangat untuk beli tiket ETS dan pergi Ipoh.

Temu Pasor hadir dengan pelbagai acara sepanjang 25 hingga 27 Julai di Pasar Besar Ipoh. Festival ini terdiri daripada 3 acara utama iaitu Zombi Serang Pasor!, Tiba-tiba, Puisi! dan Ipoh International Zine Fest.

Jadual penuh Temu Pasor 2025 hari pertama.

Jadual penuh Temu Pasor 2025 hari kedua.

Jadual penuh Temu Pasor 2025 hari terakhir.

Ipoh International Zine Fest (IIZF) bakal menjadi komponen utama dengan menampilkan pelbagai vendor, penulis dan penerbit zine dari Filipina, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Kalau ada perbincangan yang kami rasa korang wajib join, it will be this three:

  1. JUMAAT, 2.30 petang - Zine Research Presentation: CTRL+F: Finding Ipoh in Zines

  2. SABTU, 3.00 petang - Zine across the Scene: Malaysia, Thailand & the Philippines

  3. AHAD, 3.00 petang - Meruangkan Pasar: Kolektif Luar Kota, Dalam Komuniti

Kalau dah lama teringin nak teater di Ipoh, tolong at least datang untuk Zombi Serang Pasor. Basically, ini adalah sebuah teater pop interaktif karya dan arahan pengarah Cech Adrea. Ringkasnya, ia pasal sekumpulan manusia yang perlu cari tempat persembunyian lepas diserang oleh zombi.

Selain daripada ia menampilkan pelajar Kelab Teater Kolej Vokasional Lebuh Cator, ia juga memerlukan penglibatan penonton sepanjang pementasan. Mungkin... zombi akan menyorok belakang korang?

Sebenarnya… ada satu acara yang menggusarkan saya iaitu Tiba-tiba, Puisi! Ia memerlukan 8 penyajak untuk membaca puisi secara spontan di beberapa lokasi terpilih dalam Pasar Besar Ipoh. Macam, tempat jual sayur dan ikan, jejantas dan medan selera.

Biarpun acara ini akan menjadi satu dokumentasi untuk beritahu yang "kita boleh buat persembahan di ruang awam," namun bagaimana pula dengan reaksi individu lain yang hadir ke pasar tersebut tanpa niat untuk hadiri acara Temu Pasor 2025?

Senarai penyajak untuk acara Tiba-tiba, Puisi!

RSVP tempat anda untuk acara Tiba-tiba, Puisi!

Saya hubungi salah seorang ahli Kinta Zine Club, Ali Rafiq, untuk tanya beberapa soalan. 

AA:
Kinta Zine Club selalu buat acara di Pasar Kinta. Jadi, apa yang istimewa pula pasal Ipoh International Zine Fest kalau dah biasa buat acara di sini?

ALI RAFIQ:
Sebab venue kami dapat percuma! Jadi kami akan fully utilize atau kongsi keistimewaan yang kami dapat ni dengan sebanyak yang mungkin. 

Masalah utama yang selalu terjadi bila nak buat zine fest adalah venue. Sewa venue yang mahal biasanya akan makan kos yang tinggi dalam penganjuran acara, sedangkan perbelanjaan tersebut boleh disalurkan kepada hal lain yang lebih utama seperti honorarium narasumber atau token performer, membolehkan workshop-workshop atau aktiviti seni yang 100% percuma, dan juga belanja untuk beli zine kawan-kawan!

Tentang Super Kinta atau Pasar Besar Ipoh pula, walaupun pernah jadi bangunan yang sangat ikonik di bandar Ipoh pada suatu ketika dahulu, tapi sekarang trafik dari pengunjung sangat kurang. Jadi kami harap usaha kami akan dapat bantu memeriahkan lagi Pasar Besar Ipoh dengan bawa kawan-kawan dari luar Ipoh dan dari luar Malaysia untuk datang berkenalan dengan Pasar Besar Ipoh. 

Yang lainnya dengan Ipoh International Zine Fest kali ini, kebanyakan kawan-kawan luar yang kami jemput juga semuanya ada special relationship atau pengalaman dengan pasar di tempat masing-masing, dengan harapan atau tujuan utamanya akan ada knowledge and cultural exchange yang berlaku semasa berlangsungnya zine fest ini nanti.

Kami tak pernah claim yang ini adalah zine fest pertama di Ipoh, tapi ini adalah zine fest pertama yang dibuat dalam Pasar Besar Ipoh!

Poster rasmi Zombi Serang Pasor! arahan Cech Adrea

Disclaimer sebelum turun Zombi Serang Pasor!

AA:
Kenapa International Zine Fest ni perlu dibuat di Ipoh? Kenapa bukan tempat lain?

ALI RAFIQ:
Boleh je kalau nak buat kat tempat lain sebenarnya. Ipoh bukanlah bandar yang terpencil sangat pun, masih lagi ibu negeri. Tapi kalau perasan, sekarang macam tengah ada kebangkitan gerakan-gerakan dari small town organizers yang meraikan semangat 'out of capital' macam Kuala Lumpur atau Klang Valley in general. Tak pelik pun sebenarnya kalau KL buat international festival, tapi yang lebih pelik tu bila ada bandar luar selain KL buat international festival.

Kawan-kawan lain pun boleh je nak buat kat mana-mana diorang nak. Setiap tempat, tak kira bandar besar atau kecil, perlu ada zine fest dengan identiti tempatannya yang tersendiri. Contoh paling dahsyat dulu, Perlis Zine Fest pernah buat dalam Gua Kelam! Kalau ada Bota atau Kodiang International Zine Fest pun mesti kami akan datang singgah!

AA:
Adakah Pasar Kinta dipilih untuk mencabar masyarakat Ipoh dalam mendepani seni?

ALI RAFIQ:
Sudah semestinya! Selalu kita dengar — kalau kita nak kenal budaya setempat, kita kena singgah ke pasar dahulu.

Ramai antara kawan-kawan artis dari Ipoh atau dari Malaysia amnya, pernah berkunjung ke Pasar Santa di Jakarta Selatan. Semua pun mengagumi Pasar Santa, yang sebenarnya bentuk layout atau interiornya lebih kurang sama je dengan Pasar Besar Ipoh. Tapi untuk membawa idealnya kembali ke Ipoh, yang tinggal cumalah borak labun di kedai makan lewat tengah malam.

Yang kami perhatikan, seni sekarang masih perlukan venue yang cantik, proper dan ada appeal — dan ramai yang bersungut kalau takde audiens yang datang. Ada beberapa penganjur yang dah biasa buat stuff atau acara dekat venue-venue lain di Ipoh, pun masih tak berani nak buat dekat Pasar Besar Ipoh. Tapi ikut pengalaman kami, bila kita buat seni, persembahkan seni, akan tetap ada juga audiens walaupun sedikit.

Kami percaya satu hal — walau apapun rupa dan bentuk anda, Super Kinta akan menyambutmu. Jadi, jemput datang semua!

Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].

Reply

or to participate.