- #mainsurat
- Posts
- Surat Untuk Amir Alif
Surat Untuk Amir Alif
oleh gridmeja
Kehadapan AMIR ALIF,
harapnya perasaan awak dah tak keliru. Antara gembira & pilu (Happy & Sad), harapnya ia dah tahu untuk menjadi “atau” di antaranya. Biarpun kedua-dua rasa ni boleh hadir serentak, tapi biarlah ia datang satu per satu sebab hidup dah serba celaru, jadi tidak perlulah hati awak pun macam tu.
Saya memang bodoh tulis surat, cuma kali ini, untuk memujuk kecelaruan hati awak, sengaja saya tulis. Sekurang-kurangnya, ia patut mencuit celaru sebab “mamat ni tengah praktis buat karangan berformat ke?”. Moga-moga.
Ini sebenarnya pasal album awak. Sebalik lirik yang tidak terlalu memenatkan untuk dibaca-dengar, saya suka macam mana awak memilih untuk menulis lirik pada laras bahasa yang bercakap. Tak macam surat ini. Nampak dibuat-buat. Faham, kan?
Cover album ‘Happy & Sad’ oleh AMIR ALIF.
Mungkin selain berpelukan, tubuh awak selesa menjadi Inggeris dalam bahasa. Dan memang, lebih seronok untuk dengar muzik awak lebih bergerak bebas dalam bahasa ini. Suara yang julat vokalnya tidak besar, susunan muzik yang tidak terlalu complicated dan lirik yang mudah. Ia kesepaduan yang menarik. Tapi, kemenarikan ini sedikit menyedihkan. Sebab biarpun okay didengar, tapi tak ada apa yang saya nak ingat tentang kesembilan-sembilan lagu.
Selepas keluarkan “vampire”, Olivia Rodrigo kata dia suka muzik yang ada dinamik; “My favorite songs are high and low, and reel you in and spit you back out,” jelas dia.
Saya macam Olivia. Bila mencari muzik untuk didengari hari-hari, saya cari lagu yang ada dinamik atau dalam bahasa saya, build up yang menarik. “Sedihlah kau awal macam mana pun, hujung-hujung tu kau make sure sedih kau tu melampau,” ini penjelasan saya kalau bukan dalam bahasa surat.
Apapun, masih, terima kasih sebab siapkan album sulung ini. Sejujurnya, saya ambil masa yang terlalu lama untuk betul-betul menekuninya dengan baik. Kali pertama dan kedua dengar waktu awal-awal ia keluar, saya macam, “Kenapa kena bunyi macam ni ek?”.
Tapi, saya jenis yang percaya, melayani seni macam keinginan untuk mengerjakan ibadah. Hanya pada waktu yang sesuai, ia akan hadir sebagai khusyuk. Dan hanya pada Julai tahun ini, “khusyuk” tu sampai dan akhirnya, soalan tadi berubah.
Perubahan soalan yang berlegar dalam kepala tidaklah ketara, tapi nampak bijak sikit. Ada alasan untuk soalan itu muncul dan saya bersedia untuk tahu kalau ada jawapan daripada awak.
Berapa kerap awak dengar ‘Kiss and Make Up’ sebelum ‘Lover Boy’ dihasilkan?
Kenapa munculkan koir sebagai backup vocals untuk menutup ‘I Wanna Love’? Ia pilihan yang interesting. Saya rasa ada pengaruh Sam Smith dalam keseluruhan album The Thrill of It All, tapi kalau ada pun, tak salah. Nak tahu je.
Adakah awak consider ‘My Way’ sebagai sebuah bacaan sajak?
Antara menulis lirik dan mengubah muzik, mana yang lebih selesa dan suka untuk di-explore?
Kalau ada sesuatu dalam kraf awak yang masih belum sampai-capai, what would it be actually?
Buat masa ini, saya akan berhenti di sini dulu. Masa untuk saya pura-pura duduk dan lakukan refleksi diri sebab saya masih persoalkan alasan surat ini ditulis. Saya boleh tweet atau tulis macam biasa, bukan gaya surat. Tapi, begitulah takdir.
Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].
Reply