• #mainsurat
  • Posts
  • Shelhiel, The Master of Dance Sakan

Shelhiel, The Master of Dance Sakan

Aku ingat waktu itu tengah sibuk menyantuni band dari Korea. Selepas Jannabi, selepas HYUKOH, selepas The Rose tiba-tiba terjumpa pula dengan Colde, wave to earth dan perlahan-lahan ia menemukan aku dengan oceanfromtheblue. Di sebalik bunyi yang sedikit mengantuk, ada sebuah lagu dengan featuring artist yang namanya kalau disebut, agak interesting.

Sebutannya Shelhiel.

Tak tahu awat, tapi pernah ada satu fasa awal-awal nak discover music, aku percaya kalau sebutannya pelik untuk lidah Melayu aku ni, makna kata muziknya akan sedap. Atau sekurang-kurangnya, personaliti mereka akan fun.

Namanya ditaip via Google dan found out yang dia dari Malaysia. Aku ter-teruja. Lagi-lagi bila dari rupa visualnya ketika itu serba future-pop macam Aespa atau mirip semangat hyperpop Charli xcx. Nakalz~

Jadi, dengan hanya visual serta vibe yang waktu itu aku anggap fun, perjalanan Shelhiel diikuti dengan sangat perlahan sebab ketika itu, muziknya tidak begitu banyak. Lebih kerap dia disenaraikan sebagai featuring artists berbanding muncul dengan lagu solo. Kalau ada pun, ia bunyi pop yang belum selesa untuk telinga aku terima.

Namun, Sayang♡ mengubah segala-galanya.

Permainan bahasa serba intim. Macam ketika bermanja, tanpa sengaja kita akan sering bergilir bahasa ketika memegang dagu pasangan, “Oh sayang/ pretty eyes get me asking why/ oh sayang/ 没有你我怎活得下来 (how can i survive without you)”. Korus ini adalah bahagian yang paling memukau. Tak tersedar, kita rasa seolah dia tengah bermanja dengan kita dan selalunya bila dengar bahagian ini, beban dekat bahu aku itu akan berambus sebab bro… someone literally swept it away.

Lagu ini bermula serba melo, kemudian ia dibina dengan lafaz-lafaz intim yang diakhiri dengan “Forget all the rest of this world” lalu Shelhiel memaksa tangan kita dirangkul, tubuh pun bangun untuk memberi laluan kepada instruments yang nak kita berjoget. Melo tadi dah habis. Sekarang, jom berdansa-peluk together. That’s how I feel dan secara bangga, aku akan beritahu semua orang dekat lantai tari itu bahawa “INILAH SHELHIEL YANG AKU KENAL! DIA AKAN BUAT KITA DANCE SAKAN!”

Bukanlah Sayang♡ jadi pilihan hati sebab ia bermain dengan bahasa dalam lirik. Runnin, Merindu mengulang formula sama tapi kesannya tidak sedalam Sayang. Kalau lagu-lagu ini boleh memeluk, Runnin, Merindu sekadar sentuh tubuh aku tanpa sebarang rasa tapi… Sayang♡ memang peluk sebab sungguh-sungguh sayangkan aku. Lurve!

Gambar konsep lagu Star 星 daripada EP SUPERSTROBE oleh Shelhiel.

Malah, aku anggap Sayang♡ adalah permulaan sebenar Shelhiel, sebelum Love, Repeat dan oh, Mr DJ!!! yang berjaya tanam bunyi signature penulis-penyanyi ini dan akhirnya, membawa dia merantau satu dunia. Disember lalu di Hong Kong. Mac lalu Jakarta telah diajarkan dance sakan. Kemudian, Mei pula tanah Guangzhou, Shanghai dan Chengdu berjoget together. Kuching pun telah, Kuala Lumpur apatah lagi. Johor pun sudah. September nanti? London, United Kingdom pula.

Yang belum, adalah kita yang mungkin baru nak kenal dengan genius writer ini. Dia juga dipanggil sebagai Mr. Fong. Dengan penuh debar, aku akhirnya hantar emel untuk tanyakan 10 soalan. Sengaja aku biarkan perbualan dwi-bahasa kami ini.

gridmeja:
How was your Hong Kong tour?

Shelhiel:
lol lama dah ni haha, but actually it’s not too long it was just last December. Definitely an eye-opener experience to perform in an international music festival, got to watch 250 & Kak Pola (Caroline Polachek) so checklist completed, best.

gridmeja:
Ada tak any thoughts yang you fikir sebelum perform, untuk entertain crowd Hong Kong? Atau you treat them sama macam crowd di Malaysia?

Shelhiel:
Ye, same je. The crowd is surprisingly similar than you thought like you can definitely see who are the techno kids, or the alt kids, rage kids and the 文青 (Chinese hipster yang dengar band band emo) So yeah I just played my usual set, I did played an edit of 海阔天空 DnB remix but it might bit overrated in HK lol.

Shelhiel untuk oh, Mr DJ!!!

gridmeja:
Satu momen di sana yang you nak ingat sampai bila-bila.

Shelhiel:
The milk tea and the city vibe. Teh dia kaw kaw power silky smooth, and ure basically in a HK movie scene like almost anywhere u walk.

gridmeja:
We happened to discover oceonfromtheblue, then baru discovered you. How did the collaboration started actually?

Shelhiel:
I was an avid Kr&b fan like back in 2016-2018 and mostly fan of FANXY CHILD and the related artists. Oceanfromtheblue is one of the artist I found online and I just decided to dm him. And boom everything  is history. Everything  u listen is done communicated via dms.

gridmeja:
You are currently, in our heart, the one paling atas when we kata about “lagu-lagu club” di Malaysia. Is this the path you really want to go atau this is just another phase and you are planning to do/challenge yourself for something?

Shelhiel:
Hahahah thanks tho. I see pop music as a gateway to way more niche and edgier music genres and worlds, that’s why I’ve been producing my music in a way that’s accessible yet subconsciously boundary-pushing. I think lagu-lagu club di Malaysia either dia hard atau xaxau gilababi or techno 4x4 kaw kaw. It’s definitely a good time for electronic music as the reemergence of bass music (KL ada bass attack, dub tings, break boys club..) and commercialisation of techno (ni berlambak) so here I am providing u with fresh dishes that are familiar to u, still yet new and fresh.

gridmeja:
Saw your behind-the-scenes video (the breakdown of songs you produced). How is seorang Shelhiel bila dia have to produce other artists?

Shelhiel:
I will put myself back at the backseat, and really think of how can i  try to push the artist to his or her best potential. And surprisingly, artists and musicians who comes to me are people who wants to challenge themselves or doing something new musically. I think as long as I keep doing what I’m doing,  i will attract the right people. 

gridmeja:
What’s your thoughts actually mengenai lirik campur bahasa, like how you write for Sayang♡?

Shelhiel:
There’s a cultural utopia in my vision for Malaysia is that; one day there will no language segregated scenes, only music genres & communities. Malaysia the ultimate remix country of Asia, truly asia. So writing sayang is just a very naturally thing for me with my upbringing.

gridmeja:
Dua things yang you wish you can say to art industry player di Malaysia:

Shelhiel:
- trust & invest the youth and the boundaries pushers 
- Invest money in establishing collectives &

gridmeja:
Your dream collaboration would be?

Shelhiel:
charli xcx, skrillex, newjeans & yasutaka nakata

gridmeja:
Siapakah Shelhiel sebenarnya?

Shelhiel:
saya mr FONG

Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].

Reply

or to participate.