- #mainsurat
- Posts
- Jayzuan Pencinta Wanitah!
Jayzuan Pencinta Wanitah!
oleh Hayrul Shamz
On 28 September jam 11 malam, ada satu notifikasi pendek berbunyi, “Awak dah dengar Sanglirsari?” daripada kekasih. Mestilah belum. Tapi, memang saya tertunggu-tunggu single ini keluar. Sebagai pendengar Mohd Jayzuan, kehadiran lagu ini buatkan saya senang nak letak expectation pada album Senandika yang bakal release tahun 2024 nanti.
Usai tekan butang play, saya andaikan ini sebuah lagu cinta. Kebetulan, saya baru dalam fasa bersayang-sayang ini, jadi apa salahnya teruskan dengar sampai habis, kan?
Liriknya seperti biasa, membuatkan saya berfikir dan dengar dua, tiga kali sebelum finally faham. Baris-baris seperti “Bilakah akan padam resahku?” dan “Dapatkah senyawa denganmu?” bagi hint besar yang andaian saya maybe betul. Dua baris yang sangat boleh relate waktu masih single ketika wujudnya kegusaran tentang seseorang yang so-called crush. Bang Jay berjaya menuang isi hati saya, dan semua orang yang ada crush secara santai. Macam mewakili perasaan gusar kami.
Harmonization bersama Lisa Fuad, vokalis band FUAD, adalah gandingan yang sesuai apabila lontaran vokalnya memberikan efek mendayu-dayu seakan memujuk. Kalau lagu ini ditujukan kepada saya, saya akan terpujuk dan ikut menari bersama.
Bang Jay kebelakangan ini kerap menghadiahkan kita dengan lagu cinta yang membuatkan dia tampil seperti seorang yang hopeless romantic. Seperti dia meyakini kalimat ‘love conquer all’.
Album terdahulu, Filokalis, pernah menyentuh jiwa saya yang gian nak berasmaradana. Trek 2, Dhanjelita, terasa macam Bang Jay tengah bisikkan puisi cinta secara intimate. Puisi khas dengan makna tersembunyi diiringi melodi electro yang sangat eksperimental. Hasilnya adalah sebuah karya seni yang membuatkan saya rasa macam nak terbang ke alam lain, di mana perasaan cinta dan pengembaraan emosional menciptakan pengalaman yang luar biasa. Haha, over.
Tetapi, kali ini, melodi ‘Sanglirsari’ tidak memberi impak atau feel yang diharapkan. Kita telah pun disaji pelbagai lagu cinta daripada Bang Jay. Sama ada dalam bentuk pop, rock, atau macam kali ini, pop tenggara yang membenarkan kita melalui pengalaman bercinta yang pelbagai. Cumanya, irama lagu ini tidak cukup untuk menimbulkan rasa cinta. Atau, sebenarnya ada je elemen itu, tapi tidak sampai kepada saya?
Irama dan melodinya agak eerie di tengah sehingga penghujung lagu. Kalimat astaghfirullah al-Azim di baris terakhir memberikan bayangan yang agak negatif (macam you know what I mean; bertepuk sebelah tangan) yang in a way buat saya rasa sedih sikit.
Sebenarnya ketika mendengarkan bahagian hujung lagu ini, ada satu rasa yang mysterious sebab saya terfikir-fikir bahawa ini lagu cinta yang bagaimana?
Maybe tanggapan saya salah. Maybe ini bukan lagu cinta, tapi ini lagu seorang psychopath menggilakan seorang waniter tapi tersedar dari lamunan, kemudiannya beristighfar? Atau maybe, it’s just another simple song, tapi we (saya) just think too much.
Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].
Reply