Persona Dalam Lirik Yang Ter-Cela

d_leted buat lagu untuk mangsa buli!

Ada lagu geram yang kita boleh rasa total geramnya. Ada juga yang geramnya terlalu berselindung, jadi kita kurang faham apa emosi sebenar bait lirik yang dizahirkan oleh penyanyi tersebut. Bahasa mudahnya, tak sampai.

Dan, in some ways, Cela oleh d_leted terkelompok dalam jenis lagu yang kedua ini. Kerana liriknya.

Dibuka bersahaja dengan melodi yang mudah diingati, vokalis mereka, Faizah melafaz:

Selindung di balik wajahmu
Namun ku akui
Dugaan yang sering menghantuiku
Terlintas dalam fikiranku
Dikotori kata-kata peritmu
Saat kau perlakukan begitu

Tanpa konteks, ia verse yang tidaklah kita kata ia cemerlang, tapi cukup untuk membuka naratif sebuah lagu begini.

Bermain dengan 2 kata ganti nama, “ku” dan “mu”, kekeliruan mula timbul di bahagian pre-chorus.

Sedar, tak sedar
Di belakangmu tertinggal
Sisa-sisa jahilmu

Sekali lagi, tanpa konteks, kita mungkin akan kata yang Cela adalah sebuah lagu tentang kekesalan selepas melakukan sebuah kejahatan pada masa lalu. Baris-baris lirik ini ditulis dari kaca mata “ku” yang terkesan dan kasihan melihat “mu” menderita, lagi-lagi kerana pre-chorusnya yang mengungkapkan; di belakangmu tertinggal/ sisa-sisa jahilmu, seolah memberitahu “mu” sedang terseksa kerana segala tindak jahatnya dulu.

Malah, dalam rangkap pertama lagu ini, penggunaan perkataan “dugaan” dalam salah satu baris turut membawa konotasi yang mirip. “Dugaan” sering dirujuk semacam ujian, terutama untuk insan-insan yang baik pekertinya.

Namun, kalau diberikan konteks yang Cela adalah sebuah lagu dari “point-of-view of a victim of bully and abuse and its everlasting effect on an individual even after a period of moving on,” tiba-tiba lirik ini buat kita tertanya, kepada siapa patut kita kasihankan?

“Ku” yang dibuli atau “mu” yang membuli?

Sebagai seorang mangsa buli yang turut membaca description, saya akan henti putar lagu ini selepas membaca liriknya sahaja (tanpa diberikan konteks lagu) sebab… kenapa saya perlu kasihankan pembuli saya? Fuck off.

d_leted untuk video muzik “Cela”. Dari kiri, Haryth (gitar), Faizah (vokalis), Naim (dram), Faz (bass), Emeir (scream) dan Amirul (gitar).

Tapi, ini perasaan kedua saya selepas mendengar Cela. Perasaan pertama, it’s actually an interesting song.

Dibuka penuh instrumen garang, naratif lagu ini digerakkan oleh vokal Faizah yang kita boleh dengar clear. Ia bersih, saya hampir-hampir ingat Sarah Suhairi yang nyanyi. Namun, penyampaiannya kurang emosi.

Ketika verse yang mendayu macam di “Selindung… di balik wajahmu” dan pendek-pendek ketika “Terlintas dalam fikiranku/ Dikotori kata-kata peritmu”, saya rasa rileks lebih berbanding marah atau cemas.

Macam suara vokalis band asal Melawati, KL ini belum cukup faham dengan karakter dan permintaan lagu. Dan kurang faham ini mungkin terjadi kerana lirik yang keliru persona dan juga… korus yang samar-samar maknanya.

Saya suka cita-cita d_leted untuk menghasilkan sebuah lagu anti-buli dan highlight yang “kitorang nampak je macam dah move on, tapi semua tindakan dan respons emosi kitorang harini terbentuk sebab korang membuli dulu. Kesan tu panjang, sial!”

Album art “Cela” oleh d_leted. Ilustrasi oleh @whiteyedcat.

Cuma, Cela tak cukup memenuhi cita-cita ini. Lagi-lagi, korusnya yang terlalu samar dan tiada hala tuju. Ia dipecahkan kepada 4 rangkap, dengan setiap rangkap memiliki dua baris. Namun, memandangkan korus ini bergerak sebagai satu naratif yang sama, ia kedengaran tidak bersatu dan melompat-lompat, instead.

Rangkap 1:
Menanti, kembali
Waktu yang masih sunyi

Adakah “waktu yang masih sunyi” ini memang dinantikan oleh persona “ku” yang dibuli tadi?

Rangkap 2:
Berdiri, melangkah
Tak harus kumengalah

This is direct, easily understood. Tak ada masalah. A motivation yang kita semua perlu ada.

Rangkap 3:
Sendiri, menyepi
Hingga kumeratapi

Kalau ini adalah sebuah baris untuk mengungkapkan rasa sepi, ia kedengaran seperti mangsa buli ini yang memilih untuk meratap kesedihan tersebut secara sukarela, berbanding kesedihan itu terjadi sebab “diganggu” oleh segala kejadian buli yang dulu.

Rangkap 4:
Berhenti, tinggalkan
Cela yang kau lakukan

Kata d_leted dalam press release mereka, rangkap ini “urges people on the awareness on the issue to everyone especially to all the abusers; regardless of they are still or have abused anyone in some point in their life.”

Di sini, saya banyak terganggu. Penggunaan perkataan “cela” mengikut konteks ini terlalu murni, seolah ia luka kecil yang meninggalkan parut. Sedangkan, kesan buli bukanlah sekadar luka kecil. Ia torehan halus pisau tajam yang panjang dan dalam. Ia bukan sekadar tinggalkan parut kecil, tapi kesan sagat yang jelas nampak.

Kalau rangkap ini adalah sebuah laungan mangsa buli untuk sedarkan pembuli mereka yang tindakan mereka itu salah, ia gagal.

Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].

Reply

or to participate.