5 Stages of Kehilangan

Tidaklah seronok sebenarnya untuk saya dengar bunyi folk-indo yang terlalu sering. Ia repetitif dan lewah. Sunyi dan korang okay ke tak sebenarnya? Macam tak ada seronok yang hidup.

NAKI, pada kali pertama dengar, saya tahu dia banyak mendengar Nadin Amizah atau Tulus. Waktu itu, Pamit hadir sebagai single. Biarpun banyak persoalan dan keraguan muncul, ia masih sebuah lagu yang listenable. Jadi, apabila MELANKOLIS hadir dengan 6 buah lagu sebagai sebuah album pendek, saya ambil masa untuk dengar kesemuanya.

Waktu itu saya di Ipoh seorang diri dan mendengar seluruh EP ini, ia beri pengalaman super-intim walaupun ada beberapa perkataan yang tak jelas kedengaran sebutannya. Trek ke-2 buat saya rindu ibu.

Album art “MELANKOLIS” oleh NAKI.

Kebetulan, ketika berada di Miri, tanpa sengaja, saya (GM) ditemukan dengan NAKI oleh seorang rakan. Selain buat unggun api, saya cuma ambil gambarnya daripada jauh. Dan tidak berjanji untuk menulis reviu lagu-lagunya. Tapi, here we go. Perbualan ringkas antara kami berdua via Insta DM.

GM:
Saya suka korus "Senja". Ia memorable. Boleh tahu macam mana lagu ini disiapkan?

NAKI:
Senja is actually about someone yang tak dapat move with his partner’s death. So, dia sanggup tunggu dekat tempat yang sama dorang selalu berjumpa, menanti kekasih dia di antara cahaya terang senja, meskipun dia tau memang dia takkan kembali. His story of grieving starts there. Process lagu ini dibuat tak lama. I wrote it in 20 mins and then hantar to my producer, Dari, for us to compose and him to produce this song in 2 days je. 😊

GM:
Macam mana keenam-enam lagu ini disusun? Kenapa dibuka dengan "Senja", ditutup dengan "Fajar"?

NAKI:
1. Senja (Intro) - grieving,
2. Melankolis - him started to think about how he wish to have more time with the person and rindu,
3. Lelah - him trying to get into another relationship but he’s just tired of waiting,
4. Pamit - so, he decided to leave,
5. Lelah Acoustic - him giving up on love,
6. Fajar - slowly accepting and moving on.

5 stages of kehilangan. All the melancholy feelings are in one album. Reason why senja jadi intro ialah dia tak dapat terima kehilangan yang dia hadapi, maka di lirik akhir “meski sudah tiada/ ku sentiasa ada” bermaksud dia tetap menunggu sampai bila-bila. ‘Fajar’ dia menyanyikan dengan nada yang tenang sebab dia tahu, life must goes on. Dan berakhir dengan beat R&B sebagai hint untuk next album punya genre. ❤️

GM:
Saya ada dengar sesuatu macam voice note dalam Melankolis. Macam rakaman suara waktu kecil? Kalau betullah. Boleh saya tahu apa yang dicakapkan?

NAKI:
Suara my nephew, Umar, waktu umur dia 2 tahun. Dia tengah voice note ke arwah ayah I (Love you Nek Ayah/ I love you Nek Ma) sewaktu my late father sakit di hospital. If you realize, I ada selitkan voice note arwah ayah saya di bridge lagu Melankolis dan sengaja tidak clearkan voice note tersebut. In a way of me telling that I miss my late father too. In that voice note, my late father telling my nephew that he will be coming home soon. :(

Indirectly, Melankolis is for my late father.

GM:
Antara menulis lirik dan mencipta lagu, mana yang lebih selesa?

NAKI:
For me, dua-dua selesa. Sebab dengan menulis dan mencipta ialah satu jalan yang mudah untuk I menyampaikan cerita-cerita dengan selesa untuk pendengar. Some people had a hard time to tell their stories in person, for me I'd rather tell about my feelings, life, love, and grief through my music. I wanna write only apa yang I rasa, and carefully choosing words to describe the unsaid.

GM:
Kenapa mengambil ‘Melankolis’ sebagai judul? Kalau saya, saya pilih ‘Lelah’.

NAKI:
Saya mengambil ‘Melankolis’ sebagai judul album ialah (kerana) melankolis bermaksud kata sifat murung, sayu, sedih, merenung, dll. Ciri-ciri specific untuk lagu-lagu di dalam album tersebut.

GM:
Kenapa masukkan ‘Lelah’ versi lengkap dan akustik dalam satu EP yang sama?

NAKI:
Lelah versi acoustic ialah sebagai tanda yang dia sudah penat untuk menunggu. Dia menyanyi lagi dengan mood and arrangement yang berbeza, lebih smooth dan lebih accepting.

GM:
Setiap lagu, ada satu bahagian yang memorable. Macam ‘Pamit’, ketika "Aku pamit dulu, ya?". Bahagian mana yang paling awak harap orang pun suka?

NAKI:
Seperti ‘Pamit’, daripada feedback yang I dengar, Pamit senang didengari oleh orang sebab ianya lagu berbalas. Dan untuk pendengar dari Indo cakap, “Aku pamit dulu, ya?” ialah satu kata seharian yang mereka pakai dan ianya satu ayat yang catchy (untuk I). Untuk lagu-lagu lain juga, I am hoping akan terasa relatable dan memorable untuk para pendengar, insya-Allah.

GM:
Soalan terakhir. Boleh beritahu sikit siapa awak sebenarnya?

NAKI:
Nama saya Mohd Naqiuddin, tapi kalau di dunia musik lebih dikenali sebagai NAKI (all caps). I write my own music and I want to inspire people yang masih belum selesa untuk tulis/buat lagu sendiri. To get out of their comfort zones. Because we don't know what we capable of. I started late in making music, but it is never too late to create good ones. Good music takes time. Keep making music, don’t stop halfway. 😊

Sebelum mengucapkan babai, saya tanya kalau ada apa-apa yang akan berlaku dalam masa terdekat dan NAKI beritahu, dalam bulan Ogos nanti, dia akan adakan private showcase di Miri. Korang boleh follow dia kalau nak tahu lagi lanjut. Mana tau dah boleh plan nak beli tiket flight!

Makluman:
*MG cuma betulkan ejaan keseluruhan artikel termasuk jawapan daripada artis yang ditemu bual. Tak nak ubah struktur ayat supaya korang boleh kenal bahasa mereka.

Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].

Reply

or to participate.