- #mainsurat
- Posts
- Menyembah Rabak: Meor Hailree
Menyembah Rabak: Meor Hailree
oleh maingayong
Sempena penerbitan antologi sajak berlima berjudul Merabak Sembah oleh Rabak-Lit, maingayong telah mengirimkan 6 soalan sama kepada semua penulis. Bermula 18 Oktober 2024 sehingga 8 November 2024, kami akan siarkan jawapan yang diberikan secara mingguan.
Antologi ini menghimpunkan 50 sajak daripada penyair yang berasal dari Utara, Selatan dan Tengah Semenanjung yang mengajak kita slow down & hidup-merafak mikrokosme kata-kata dan kekitaan. Buku ini juga adalah sebuah dokumentasi ulang tahun ke-10 tahun semua penulis ini menulis.
Dapatkan buku yang akan dikenang beberapa tahun lagi ini sekarang di SHOPEE.
ii.
ratu obsesiku:
lenalah dalam mataku
jernihlah dalam ingatanku
kerana rasa ini
terlalu mega
jadi aku simpan
agar tak
tertumpah
MG:
How is your life going?
Meor Hailree:
Semakin baik, alhamdulillah!
MG:
Kenapa anda sudi terlibat dalam projek antologi "Merabak Sembah" ini?
Meor Hailree:
Keterlibatan saya dalam antologi ni mungkin adalah ketentuan yang sepatutnya berlaku semenjak 6-7 tahun dahulu sebab punca saya bersajak sebenarnya adalah nak cemuh kelompok penyajak "bersih" yang mahu bermain kata-kata semata-mata untuk cloud reach berbanding memberikan impak dan jentik hati masyarakat dan artisan untuk berani meredah ke lembah yang boleh lagi diteroka, lebih jauh dan bahaya [dalam konteks penerimaan Sastera dalam Masyarakat].
Jadi kedatangan Whatsapp Jack pada satu pagi yang sangat banal tiba-tiba membakar semula hantu yang lama ditidurkan. Sajak bahagian saya sebenarnya dah siap lama bertahun dahulu, cuma belum jumpa reban yang betul untuk dipecahkan, dan bersama jalak lenteng yang lain, api lain-lain tapi objektif kita serupa.
MG:
Apa yang anda pedulikan sepanjang memilih 10 puisi untuk dimasukkan ke dalam Merabak Sembah?
Meor Hailree:
10 puisi yang saya tanam dalam kompilasi ini adalah sajak yang ditulis di fasa paling terumbang-ambing dalam hidup saya. Kebanyakannya diambil dari kompilasi sajak atas talian dari akaun instagram saya 'Telegram Dari Jako'. Kepedulian saya untuk di setiap satu penciptaan sajak dalam kompilasi ini adalah ingin membentak seberapa banyak dosa-dosa dalam budaya sajak moden, dengan memastikan orang boleh melihat emosi dalam sajak instead of membaca emosi. Susah untuk saya terangkan satu persatu tetapi semua ini umpama sebahagian dari darah daging saya (fasa sebelum dan semasa pandemik), yang saya tinggalkan untuk pembaca ratah bersama. Its a feast!
Gambar dari arkib Meor Hailree.
MG:
Puisi yang anda paling sayang dalam antologi kali ini?
Meor Hailree:
Dari pendapat saya, sajak/puisi itu sendiri adalah hadiah dari tuhan yang dia drop tidak kira tempat atau masa selagi mana seorang Meor ikhlas meminta untuk melihat dunia dalam bentuk susun kata. Saya cuma memberikan semula kepada pembaca dan apabila ada pembaca yang merasakan sajak itu dekat dengan dia, maka itu sudah menjadi milik mereka. Saya tak punya apa-apa untuk tak sayangkan sajak saya, cuma saya ada gemor sahaja which is sajak (masukkan nama sajak saya yang anda suka)!
MG:
So, what next?
Meor Hailree:
Saya masih menulis dan terus menulis, cuma mungkin frequency-nya tak sekerap dahulu. Banyak urusan personal yang saya perlu hadap dan saya suka sebab perkara ini akan memberikan saya penyerapan input dalam melihat semula apakah evolusi seni dari spektrum Meor Hailree. Sejujurnya saya excited untuk tahu apa yang saya boleh tuliskan di masa akan datang. Untuk aktiviti seni, mungkin akan sedikit slow berbanding dahulu, tapi masih berjalan teguh.
MG:
Situasi: Saya publisher baru yang ingin terbitkan karya anda. Apa yang anda akan tulis sebagai biodata di belakang buku?
Meor Hailree:
A father, poet, film enthusiast, writer, and graphic consultant, Meor Hailree has been in the art scene since 2012 until now. The first show being at Tempatan Fest, watched by (Arwah) Pyanhabib, he knows the calling is as clear as Day. Most of the inspiration comes from Projek Rabak® Art Collective, Mohd Jayzuan, Teratak Nuromar, Friends & Ipoh; he discover & crafts most of the form based on deep dive to knowing whats art and whats bullshit.
And in the name of artform, he picks to challenge the form, making him the bullshit of the poetry scene. Known for the violence and unconventional show, he takes ‘Feral’ as the main philosophy because, as the famous Quotes say, “Art should comfort the disturbed and disturb the comfortable.”
His intention is to lead people to challenge themselves to think of what poetry and show are and what it could be—whats more of it to explore. As for now, Meor Hailree has been on numerous shows, 2 published books under Rabak-Lit, 2 songs released under Projek Rabak®, 7 destroyed guitars, dozens of shorties, documentaries, advertisements, corporate work (graphics), and still writes until now. Currently a Graphic Executive for Private Healthcare Company.
Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].
Reply