Menyembah Rabak: Jack Malik

oleh maingayong

Sempena penerbitan antologi sajak berlima berjudul Merabak Sembah oleh Rabak-Lit, maingayong telah mengirimkan 6 soalan sama kepada semua penulis. Bermula 18 Oktober 2024 sehingga 8 November 2024, kami akan siarkan jawapan yang diberikan secara mingguan.

Antologi ini menghimpunkan 50 sajak daripada penyair yang berasal dari Utara, Selatan dan Tengah Semenanjung yang mengajak kita slow down & hidup-merafak mikrokosme kata-kata dan kekitaan. Buku ini juga adalah sebuah dokumentasi ulang tahun ke-10 tahun semua penulis ini menulis.

Dapatkan buku yang akan dikenang beberapa tahun lagi ini sekarang di SHOPEE.

kepalotak generasi [ka.mi]
menggoncang
reban sajak
lokal

merabak sembah       gelombang nusantara

- Puisi “Orang Berlima” oleh Jack Malik dalam “Merabak Sembah”

MG:
How is your life going?

Jack Malik:
It’s aite

MG:
Kenapa anda sudi terlibat dalam projek antologi "Merabak Sembah" ini?

Jack Malik:
Dua sebab: (1) Izzat seorang penerbit yang kool; (2) Saya diberi mandat untuk menyelenggara

MG:
Apa yang anda pedulikan sepanjang memilih 10 puisi untuk dimasukkan ke dalam Merabak Sembah?

Jack Malik:
Fun dan sesuatu yang lain daripada antologi dan puisi eceran kalakini

Gambar dari arkib Jack Malik.

MG:
Puisi yang anda paling sayang dalam antologi kali ini?

Jack Malik:
Puisi last saya. Tapi kalau cakap pasal sayang, SAYANG—bukan puisi tapi paling sayang, SAYANG semua nama dalam antologi ini.

MG:
So, what next?

Jack Malik:
Fardu ‘ain: ada lima lagi manuskrip sedang dibikin. Fardu kifayah: sedang selenggara satu lagi antologi.

MG:
Situasi: Saya publisher baru yang ingin terbitkan karya anda. Apa yang anda akan tulis sebagai biodata di belakang buku?

Jack Malik:
Jack Malik seorang penyajak dari Ipoh dan Sebahagian daripada Projek Rabak. Jack pernah terjun tasik KLPAC.

Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].

Reply

or to participate.