Menyembah Rabak: Aliff Awan

oleh maingayong

Sempena penerbitan antologi sajak berlima berjudul Merabak Sembah oleh Rabak-Lit, maingayong telah mengirimkan 6 soalan sama kepada semua penulis. Bermula 18 Oktober 2024 sehingga 8 November 2024, kami akan siarkan jawapan yang diberikan secara mingguan.

Antologi ini menghimpunkan 50 sajak daripada penyair yang berasal dari Utara, Selatan dan Tengah Semenanjung yang mengajak kita slow down & hidup-merafak mikrokosme kata-kata dan kekitaan. Buku ini juga adalah sebuah dokumentasi ulang tahun ke-10 tahun semua penulis ini menulis.

Dapatkan buku yang akan dikenang beberapa tahun lagi ini sekarang di SHOPEE.

bukanlah
seronok memijak
haram api tapi kalau
tuhan adalah mulut orang
terpaksalah aku sujud
& reda diseksa

- Puisi “Memanggil” oleh Aliff Awan dalam “Merabak Sembah”

MG:
How is your life going?

Aliff Awan:
Cool, gilir-gilir antara kerja dan menguruskan maingayong everyday is a little mindblowing sebenarnya. Also, dah start slowly terima jemputan buat persembahan, benda paling best dalam dunia, jantung saya.

MG:
Kenapa anda sudi terlibat dalam projek antologi "Merabak Sembah" ini?

Aliff Awan:
Saya tak nak terlibat pun sebab deadline dekat sangat. Also, saya memang fikir ini bukan masa sesuai sebab ada benda saya tak memuaskan lagi lepas hiatus setahun haritu. Tapi, bila tahu line up artists ini yang akan terlibat sama, saya takleh kata tidak. Saya yang rugi.

MG:
Apa yang anda pedulikan sepanjang memilih 10 puisi untuk dimasukkan ke dalam Merabak Sembah?

Aliff Awan:
I want it to be more Aliff Haiqal dengan bahasa yang hanya Aliff Awan boleh tulis. Semua sajak yang dipilih pun ditapis sungguh-sungguh, sebab nak capai benda ni.

Gambar dari arkib Aliff Awan. Diambil oleh Yazid Rosalan.

MG:
Puisi yang anda paling sayang dalam antologi kali ini?

Aliff Awan:
Pinggir sebab itu puisi paling gay saya pernah tulis.

MG:
So, what next?

Aliff Awan:
Currently, tengah usahakan sambung EP bacaan puisi rutin berjudul almari. Sambil-sambil tu ada kerjakan juga beberapa muzik, yang tak tahu bila akan dikeluarkan. Buat hanya sebab nak collaborate kerja dengan kawan-kawan yang saya dah lama nak tahu cemana kepala otak diorang bekerja. Seperti biasa, saya biarkan masa dan Tuhan yang tentukan bila kerja-kerja baru saya akan keluar untuk orang lain layan.

MG:
Situasi: Saya publisher baru yang ingin terbitkan karya anda. Apa yang anda akan tulis sebagai biodata di belakang buku?

Aliff Awan:
Aliff Awan buat macam-macam, tapi yang dia paling sayang adalah berjoget sakan atas pentas. Sekarang, dia lebih selesa menguruskan kolektif content creationnya iaitu maingayong yang fokus untuk share local arts scene Malaysia.

Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].

Reply

or to participate.