Secret Show Kedai Kopi

Aku balik rumah, calm and collected lepas acara ni sebab puas bergelumang dengan seni yang dijahit tepi dengan kopi. Seni perlu dikritik, perlu dibahas, perlu dihadam, tapi aku akan sentiasa berterima kasih dengan diri sendiri for not using my brain too much that night, and just feel.

-

Aku sibuk memakai selempang kenangan di Filosokopi, TTDI tempoh hari yang membawa konsep secret show sebab poster yang Rumah Ripta muat naik dalam socmed tak ada menyenaraikan nama-nama performer yang akan berpentas. Teaser, katanya. Siap tak letak pukul berapa acara bermula sebab betul-betul nak tease.

Sebenarnya memang sebuah nikmat bila kau pergi ke acara seni dan sejurus pintu kedai dibuka, aroma kopi dan riuh rendah dari keramaian yang kedengaran, buatkan kau percaya seni di Malaysia sebenarnya boleh pergi lebih jauh. Ramai juga aku nampak masih dengan baju kerja datang ke Filosokopi untuk ‘Memangkas Jarak’. Ni Isnin malam kot. Buat aku rasa, “Betullah, seni takkan pernah mati,” dan akan sentiasa ada untuk orang yang mencari, untuk orang yang menghargai.

Salah satu persembahan dalam acara “Memangkas Jarak”. Gambar oleh Syahirah Wasabi.

Persembahan-persembahan yang ditonton pada malam tu, seakan combine cabang-cabang seni yang orang selalu nampak, tapi dari segi yang tak terjangka. Yelah, aku sampai tempat acara pun tanpa sebarang expectation sebab tak tahu siapa yang akan perform. Malam tu, aku memang ready nak absorb semua benda yang akan jadi.

Menyentuh isu abuse, persembahan tanpa sepatah pun perkataan, muzik elektronik. Ada yang membaca sajak dengan background lagu dangdut, masukkan mic dalam stokin, pasu bunga pecah. Pemuisi gunting rambut sendiri depan semua orang dan macam-macam lagi. Pada aku semua tu chaos yang indah. Ada kedamaian dalam kegusaran.

Tapi, yang paling tak boleh dilupakan, persembahan oleh penulis buku kumpulan sajak ‘Rukun Ranah’. Sajak bertajuk ‘Mercusuar’ dan ‘Mendengarkan Sal Priadi Ketika Kau Pergi’.

Membelakangkan each other, pemuisi dan pemain gitar diikat dengan kain batik semasa persembahan berlangsung. Pemain gitar memetik lagu while pemuisi menyebut baris-baris sajak. Ini sebuah gandingan yang dapat mendiamkan audience, seakan kami semua masuk ke dalam alam baru. Tak terlalu fokus dengan perkataan, aku fokus dekat vibe dan emosi yang meresap dalam setiap cawan kopi yang ada dekat situ. Rasa sedih, tak tenteram dan ada rasa nak kena selamatkan seseorang, tapi siapa yang aku nak kena selamatkan ni?

Kemudian, pemuisi membuka ikatan kain batik tu, melutut sambil masih lagi membaca sajak langsung menjadikan kain batik yang diikat tadi macam buaian, dan dia membuai diri sendiri di tengah-tengah pentas. Persembahan pun tamat.

Mulanya aku keliru sebab tak fokus dengan setiap butir perkataan. In the end, aku decide to stay confused sebab ada sajak yang kita perlu faham, dan ada sajak yang kita hanya perlu diam; rasa sedalam-dalamnya.

Sengaja tak ada satu pun nama performers yang aku sebut sebab kekalkan rahsia. Apa kata korang cari gali dekat socmed (untuk orang yang masih tak tahu)?

Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].

Reply

or to participate.