Tahun lepas bermula baik apabila aku turun menonton Roadiarc meraikan album sulung mereka, sebelum hidup perlahan-lahan bertukar fokus menyebabkan banyak perkembangan muzik tempatan terlepas pandang. Setiap tahun, ada syukur perlu dihulur kepada noisyheadspace sebab tak jemu kemas kini senarai main ini, dapatlah sedikit sebanyak semak nada telinga.

Selain Tanam Anggur (Smetsa), Hentak (Against Mel) dan menari (pelam! & KDamz!) yang bertahan dalam senarai main peribadi agak lama, ada juga beberapa pemuzik tanah air kita yang aku kenal lewat tahun macam RuoH (Kembara Budak Kampung dari Marikh), Francoe (Is Not In Service) dan cisco. (Vol. 2 - E).

Ralat semestinya sebab album-album ini tak dikeluarkan secara fizikal. Sebagai kolektor yang kalau dengar album best, gatal bontot nak membeli sebagai tanda sokongan, gewramzlah. Tapi benda pun makan bajetkan, jadi tahun ini, kalau ada rezeki lebih, aku akan lebarkan usaha ini dengan membeli apa boleh ketika Bandcamp Friday.

Selepas godek-godek Apple Library, ada beberapa pemuzik yang macam rasanya kita perlu beri perhatian tahun ini. Ada dua akan dikongsikan hari ini, lagi seorang, minggu depan!

i) daude

Awal keluar single pertamanya aku sedikit risau kalau merdu vokalis ini akan diganggu hal-hal teknikal production yang tidak balance. Semisal suara tenggelam, instrumen tak berapa dengar. 

Jadi, apabila mengetahui daude ambil senggang setahun antara lagu pertamanya itu dengan EP sulungnya, The Amateur Hour, untuk belajar lebih banyak tentang hal-hal teknikal penghasilan lagu, ia melegakan.

Lagi pula dengan dana sendiri, semuanya terhad. Jadi EP terisi enam buah lagu ini dihasilkan sepenuhnya DIY.

Versi pertama Work Hard / Get Paid (9 Jun 2024) banyak ralatnya. Biarpun lagu dengan semangat kuat gospel ini secara ideanya terdengar okay, namun keseronokan mendengarnya tak sampai.

Setiap kali persembahan langsung, daude sedikit keliru sebab audiences berjoget-laung tiap kali lagu ini dinyanyikan seolah ini adalah lagu penguat semangat sedangkan cerita asal ia ditulis adalah kerana penyanyi Chindian ini mempersoalkan kalau is there more life than just ticking the boxes of life?

Mengambil feedback pendengarnya, dalam versi kedua lagu ini (11 Julai 2025), intro glitch dipadam lalu bunyi gitar dan saksofon yang real (bukan digital) dimasukkan supaya lebih kedengaran hidup.

Kali pertama aku dengar daude, memang tahu jalan berseni-seninya jelas; dia nak nyanyi RnB sebab instrumen terbaiknya adalah vokal. Dalam The Amateur Hour, selain productionnya yang lebih seronok dilayanz berbanding dulu, sudah tentu lembut suaranya dialirkan ke dalam telinga tanpa segan silu. Meruah. Basah.

daude dengan kepak kupu-kupu yang menjadi imejan utama untuk EP sulungnya. Kredit: @@izzudinofficial

Daydream dihasilkan dengan wittiness tersendiri. Dialog "the male specimen musters up enough courage/ to approach the female specimen/ contact initiated/ all that is left is to find out if his love is reciprocated/ will she or will she not wake him up from his daydream?" yang menjadi jambatan antara outro dan rangkap sebelumnya adalah antara momen yang menyegarkan. Seperti kita tengah dengar seorang penyanyi ber-story telling dan jika itu adalah kemahiran daude, mungkin itulah yang wajar dia explore terus-terusan.

Biarpun sekarang dia banyak menghabiskan masa mencari diri di Ipoh, katanya, tahun ini akan ada lagi beberapa projek lagu terutama dengan rakan-rakan artis. Malah, menyedari yang dia ada sejumlah besar silent listeners, dia ada bercadang untuk bina sebuah komuniti supaya boleh berinteraksi dengan mereka.

ii) Ingkar

Kali pertama menonton Ingkar adalah sewaktu Pasar Puisi Ipoh. Afifah Gentayang is already a familiar name, jadi bila dia hadir dengan projektor dan Harith (gitaris) malam itu, nak tak nak aku kena tonton.

Teknikal adalah hal selalu, tapi dihimpit singkat waktu, malam itu band yang cuba bereksperimen dengan noise dan puisi ini ambil masa terlalu lama untuk betul-betul sedia. Namun, mujur persembahan mereka membekas jadi ada benda lain yang juga boleh diingat.

Selepas sekian lama, akhirnya tahun ini mereka hadir dengan single pertama, MUNAJAT, pada 25 September 2025.

Tak buang masa, lepas petik gitar dan ketuk dram mudah, Afifah terus masuk melafaz kata. Setiap kali verse, ada sunyi intense yang terasa bila melo baki kasar gitar diisi puisi. Bahagian paling seronok sudah semestinya ketika Pijin dan Pipah bergaduh-gaduh melaung "tarik semua! (rasaku)/ jilat semua (jasadku)/ ratah semua (nyawaku)/ biarkan kulebur (hancur semua)".

Band yang gabungkan kebisingan kasar dan puisi ini turut dibarisi oleh Mugi (gitaris), Herri (dram) dan Aniq (bes). Terinspirasi daripada Rekah, Inteam, Godspeed You! Black Emperor, If These Trees Could Talk dan Rabbani, mereka tak segan untuk bereksperimen ketika jamming. Katanya untuk mencapai keselesaan langka supaya ada pengalaman baru didengarkan kepada penonton dan paling penting, mereka sendiri.

Ketika Ghasab keluar, terasa macam ada formula sama diulang dalam graf komposisi lagu. Namun, sekurangnya ia masih mengujakan.

Untuk tahun 2026, katanya mereka dalam perancangan mengeluarkan lagi tiga buah lagu. Semangatnya lebih berbanding tahun lepas. Lagi-lagi bila mereka perasan ada yang telah hafal dan nyanyi bersama lagu mereka ketika gig di Dusthall Studio, Seberang Jaya Disember haritu.

Mungkin kerana aku ikuti rapat perkembangan Afifah sebagai penyair, jadi apabila dia muncul dengan another variant of poetry showcase bersama kawan-kawan yang nak berpuisi dalam bahasa muzik, ia lebih menyerlahkan kesenian mereka semua.

Ini adalah senarai wajib yang dibuat untuk berkongsi beberapa artis yang kami look forward. Namun, senarai ini diberi nama #mainpeduli sebab sejauh mana kami boleh name drop dan kongsi artis yang kami minat (baca: sebuah kepedulian), ia juga bergantung kepada artis-artis ini untuk kekal konsisten dan pergi lebih jauh (baca: sebuah perjudian, bermain dengan untung nasib dan usaha).

Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].

Reply

or to participate

SURAT-SURAT LAIN

No posts found