- #mainsurat
- Posts
- low-key Yang Tak Patut Stay Lowkey
low-key Yang Tak Patut Stay Lowkey
oleh Aliff Awan
Kalau ada satu peluang untuk mengenali artis kegemaran dengan lebih rapat, saya percaya, selain daripada selfie, kita harapkan peluang untuk duduk dalam satu ruang intim macam kafe/studio. Waktu itu, kita akan pandang kegemaranz dan kegemaranz pandang kita. Berborak tentang kenapa, macam mana dan ohhhhhhhh.
Kalau saya dapat jumpa Beyonce, saya akan tanya, "Macam mana daripada Listen, hang boleh tetiba buat Break My Soul?"
Tapi, peluang macam ini cumalah mimpi. Itu pun kalau pada malam, kita boleh tidur. Kalau tak boleh tidur, cuba buka Youtube dan tonton "the low-key sessions".
Macam NPR, tapi ini versi lokal. Yang saya lebih suka produksinya sebab lebih kemas dan intim. Kenapa? Mungkin sebab ruang. Biarpun penuh, tapi ia tempat yang saya selesa nak lepak.
Logo low-key sessions.
Dibandingkan dengan NPR yang berkonsepkan kedai buku-perpustakaan, memang taklah saya layan muzik kuat-kuat dalam tu. Jadi, terasa janggal sikit. Saya lebih suka dengar video mereka, berbanding tonton.
low-key pula lebih ideal. Menonton low-key, saya rasa macam tengah duduk dekat dalam satu kafe. Sambil makan, ada satu platform kecil depan saya. Di atasnya, akan ada 20 pemuzik bergilir-gilir tiap minggu yang minta izin, "Boleh tak saya nyanyi sambil awak makan?"
Dengan seronok yang beronok-ronok, saya akan izinkan. Sebab setakat 3 minggu (waktu tulisan ini disiapkan), ia pengalaman yang allahu macam mana aku nak kata ek?
3 "Minit" Pertama low-key
Cikgu filem saya dulu selalu kata, 10 minit pertama tu penting. Tapi, memandangkan content digital RAI arts yang pertama ini baru saja selesai tayang 3 “minit” pertama, jadi kita cakap pasal itu dulu. (Kefahaman: "minit" = artis).
“minit” 1: On A Trip seperti namanya, membawa ke satu perjalanan yang tak pasti nak ke mana. Ia antara pokok, sawah padi dan tinggi mercu. Saya di dalam kereta, duduk dan selesa dipeluk post-rock. Lagi seronok bila tonton; abang drummer ketuk-ketuk macam tengah bercerita dan abang bass yang engko-nakal-gila main pakai spanar.
“minit” 2: Pernah tak bila sedih atau badan rasa berat gila, tapi tak tahu nak pasang lagu apa? Cuba dengar set Advents ni. Very intim dan seperti dipeluk, you will feel better.
“minit” 3: Dan Fazz, is a circuseronok. Sedikit sebanyak, perasaan gembira nak berjoget-joget sambil berkemban atau pakai kain batik ni sama macam waktu dengar Langkasuka. Persembahan jenis ini biasa tak ditonton, tapi bunyinya saya akan dengar sambil tutup mata. Memang takleh duduk diam.
“minit” ni sebenarnya analogi yang lemah, tapi harapnya awak faham.
Apapun, 3 “minit” pertama ini wajar dipuji sebab ia disusun sangat baik. low-key tidak dibuka dengan band yang terlalu besar. Mempertaruhkan post-rock dan juga band yang jarang kita nampak dalam poster gig, ia risiko besar. Either usaha ini akan berjaya atau tidak. Penanda aras orang kata. Dan melihatkan kepada saya yang mengubah rutin dengan tunggu setiap Jumaat untuk tonton video mereka, boleh kata ia berjaya.
Kalau ada kelemahan, ia cuma bab pemasaran. Saya tak pakai Instagram dengan kerap, jadi kalau RAI arts tidak hubungi melalui emel, usaha mereka tidaklah diketahui. Selalunya, Twitter adalah tempat paling meriah untuk saya berkenalan dengan artis-artis tempatan. Terutama yang baru. Tapi, Elon pun dah membodohkan Twitter dengan rate limit setiap hari, jadi saya pun tak pasti apa lagi cara untuk low-key lebih diketahui orang. Harapnya tulisan ini membantu.
Ada lagi 17 “minit” untuk ditonton-tunggu. Seperti biasa, saya cuma orang tamak dan mengada-ngada. Orang dah kasi peha, saya nak bibir pula. Disebabkan taknak download haram dan belum seronok nak langgan Youtube Premium, jadi kalau ada cara, saya harap low-key ada di semua music streaming platform juga. I will, indeed, stream kesemua 20 episod.
Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].
Reply