- #mainsurat
- Posts
- Ipoh Pun Ada Bunyi?
Ipoh Pun Ada Bunyi?
oleh Aliff Awan
Ada hutang dengan Projek Rabak yang perlu dilangsaikan. Tapi, alasan ia menjadi sebuah debt adalah kerana, apa lagi yang Ipoh mahukan orang menulis tentangnya?
Sejujurnya, apabila terima lagi emel dari Rabak dengan judul yang terselit perkataan “Ipoh”, saya dah macam “Apa lagi nak aku cover ni?”
Beberapa tahun ini, kalau ada tempat yang kerap didengari, ia sudah tentu bandar lama yang kecil dan mati selepas 8 malam ini. Selain kerana Muzium Yasmin Ahmad atau Kong Heng yang lebih mesra dengan pelancong luar, ia sudah tentu kerana artists yang lahir dari sana.
Antaranya, Mohd Jayzuan yang bawa Projek Rabak dari dulu, sampai sebut saja nama Jay, kepala kita terus muncul acara-acara seni di Ipoh. Jack Malik sendiri telah lafazkan cinta penuh setianya dalam tiga buku puisi, sampaikan saya pernah kata, “Mungkin kau boleh slow-slow berhenti tulis pasal Ipoh”. Juga, kita ada ET Suhaila yang kekal aktif memberi sayang pada orang yang memerlukan di Ipoh.
Jadi, apa benda lagi pasal ibu negeri Perak ini yang tak lagi disebutkan, yang nak diratib-ratibkan namanya di mana-mana?
Kali ini, ia adalah muzik dan bunyi Ipoh yang ingin diratabtulis. Katanya, ini Ipoh Sound.
Album art untuk “Ipoh Sound” oleh artis Projek Rabak.
Hadir dengan 10 lagu, album ini menampilkan 5 artists Ipoh yang 3 daripadanya adalah kumpulan muzik dan selebihnya pula penulis-pembaca puisi. Kita cuba dengar.
Bila bunyi pertama Dialek Sinis kedengaran, ada sesuatu yang melompat dalam telinga. Harmacy datang dengan kotor dram yang membangkitkan semangat sebelum gitar masuk, membuatkan keseluruhan lagu jadi bersepah. Kalau ia adalah sebuah bilik, sepahkotor yang di depan kita ini adalah sepahkotor yang kalau kita duduk itu, masih selesa. Boleh golek-golek, boleh borakbaring. Dengan lirik semangat OAG, pilihan katanya yang buatkan ia lebih melekat dalam kepala.
Mengenali artists dari Ipoh, totally, saya boleh mengaku memang ini bunyi Ipoh. Tapi, apa yang istimewa sampai perlu ada sebuah album dizahirkan? Terutama bila Pakai Buang oleh Lovethee dan Cloud of Mine oleh HEM yang sekadar biasa-biasa, tak terlalu membuatkan seronok mendengar lagu pertama itu tadi bersambung. Jadi, saya mula bersoal-soal sebelum nyaring bunyi ambien Meor Hailree keluar dengan dram. Tak buang masa, Meor terus masuk melafaz puisi dan turut masuk ke dalam hati saya.
“Emosi adalah setan!” - Meor Hailree (Foto oleh Nik Syazwan)
Oh, fucking damn good! Walaupun ia dijudulkan sebagai Marhanoise, tidaklah ia terlalu bising yang pening. Lebih kepada puisi marhaban yang diiringi bunyi Meor. Ya, saya kata bunyi Meor sebab orang lain tak boleh copy bunyi ini. Bisingnya terletak elok, dirancang kemas, menjadikan semuanya bagus. Membuak-buak keseronokan itu dah ada. Ipoh Sound? No. Ini Meor Sound.
Jack membacakan Salut Lapangan SSI. Lafaznya dah selalu kita dengar di acara-acara seni, jadi saya lebih percaya yang bacaan ini sedap kerana muziknya, bukan kerana bacaannya. Dalam konteks lagu, penyanyi yang menyanyikan lagunya sebiji sama macam rakaman studio, mereka akan dianggap tidak ada modal dan kurang semangat persembahan. Salut Lapangan SSI lebih kurang macam ini. Ia total berbeza dengan bacaan kedua Jack, KTM Ipoh (Ode to Home) yang total sempurna, cukup mengasyikkan.
“Dan semua akan okay
Dan semua akan okay
Dan semua pasti okay
Dan kita okay” - Jack Malik (Foto oleh Nik Syazwan)
Selepas 6 lagu habis dipasang, saya berhenti sekejap selepas terbaca produser album ini, Mohd Jayzuan, yang lebih gemar sifatkan projek ini adalah percubaan untuk mencabar kemampuan artists berpotensi di matanya. Kata dia, “Saya nak bagi dinamik atau bunyi yang lain daripada apa yang deme ni semua pernah bikin, dalam masa sama masih sealiran dengan kehendak deme,” dan menyambung, “bagaimana kita nak bertemu di tengah tu, antara sentuhan saya dan sentuhan deme. Saya nak memain je dengan deme ni semua, nak tengok potensi lain ke arah mana lagi deme boleh pegi dan layan.”
Jadi, walaupun saya cuma dengar Ipoh Sound ada pada Harmacy, Meor Hailree dan Jack Malik, saya boleh akur yang album ini adalah kepercayaan Jayzuan kepada artists yang ada Ipoh dalam semangatnya, biarpun mungkin semangat itu tak dapat didengari oleh pendengar biasa. Macam saya. Yang tak jumpa bunyi Ipoh dalam Lovethee dan HEM.
Kalau nak banding 2 muzik yang setiap artists ini zahirkan dalam album yang seni mukanya mendapat sentuhan Iqbal Razak ini, ia akan jadi macam ini:
Dialeks Sinis > Bla Bla Bla
Pakai Buang = Ambil Beri
Cloud of Mine < Psyche
Marhanoise < Ballad Ayah Muda
Salut Lapangan SSI < KTM Ipoh (Ode to home)
Dengarkan Ipoh Sound di semua streaming platform termasuk Spotify!
Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].
Reply