• #mainsurat
  • Posts
  • Ini Ke Cara Sajak Malaysia Mendunia?

Ini Ke Cara Sajak Malaysia Mendunia?

“Orang kita langsung tak hargai puisi.”
“Puisi ni budak-budak art berat je boleh faham.”
“Innalillah… puisi dah mati.”

Hal ini biasa terjadi dalam kalangan mereka yang terlibat dalam dunia sastera dan membaca terutamanya.

Tapi, tahu tak, ada satu usaha yang telah dibuat untuk pastikan kematian ini “hidup balik”? Dan anda boleh terlibat sekali menjadi sebahagian daripada usaha ini. Paling penting, percuma dan hassle free!

Statistik pendengar #SeminitSajak setakat Ogos 2023.

Tersebutlah kisah…

…satu hari, saya baru je pakai kasut nak balik dari Rumah PENA. Karim Mohd (penulis buku puisi best seller, Nokturna) tiba-tiba sebut pasal idea nak rakam bacaan puisi. Semua sebab dia tahu saya asyik rakam suara dan nyanyi dalam bilik.

Lepas borak-borak sikit, 2-3 minggu kemudian, kami pun dapat nama projek dan cara perlaksanaan untuk pastikan projek ni boleh run smoothly. Sedar tak sedar, lepas 2 tahun, dah 10 ribu kali #SeminitSajak dimainkan oleh pendengar di Spotify. Bukan setakat Malaysia, ada juga pendengar daripada Amerika dan Jerman. Syukur!

Nampak ramai, tapi sebenarnya…

Spotify kata, kalau nak 1 play dikira dalam statistik, ia perlu sekurang-kurangnya dimainkan selama 60 saat oleh pendengar. Play ini yang akan beri sedikit sen kepada pemuzik kegemaran korang.

Dan memandangkan kebanyakan audio #SeminitSajak tak sampai pun 60 saat, jadi kami memang langsung tak dapat buat untung. Ini memang ‘kerja amal’ lah dalam bahasa lain. Sebab nak hidupkan yang dah nazak. Nak pastikan ia kekal hidup sampai bila-bila (kalau tak ada aral penstriman yang lain nanti).

Atau sebab paling utama… kami dah bosan orang cakap puisi dah mati.

Ini bukan innalillah yang selalu disebut. Ini bismillah yang baru!

Jadi, kami nak kasitau yang sekarang…

KAMI DAH SEDIA
NAK BUAT PUISI HIDUP SELAMANYA
DAN ANDA BOLEH JADI
SEBAHAGIAN DARIPADA KAMI!

Baca langkah-langkah di bawah:

  1. Pilih puisi daripada penulis yang disenaraikan dalam poster ini.

  2. Rakam bacaan anda dalam tempoh kurang daripada satu minit. Pastikan bebas hingar dan jauh daripada mikrofon. Rujuk audio terdahulu sebagai panduan.

  3. Hantarkan audio bacaan anda melalui e-mel [email protected]. Pastikan audio dalam format .mp3. Sertakan sekali nama anda, judul puisi dan penulis untuk rujukan kami.

Ini adalah sebuah passion project yang belum menguntungkan. Perlu kami maklumkan tiada honorarium atau token yang dapat diberikan buat masa ini. Tapi, ini kerja yang cukup untuk pastikan kegembiraan dalam hati kita terus kekal. Terutama pencinta puisi dan sastera Malaysia!

Jadi, hantarkan audio anda kepada kami melalui [email protected]. Hanya ada 12 slot, jadi hanya 12 bacaan yang akan dipilih.

Macam mana nak jadi antara 12 yang bertuah? Mudah. Pastikan sedap didengar, confirm terpilih!

Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].

Reply

or to participate.