Gusar Mendengar Jagat

To be frank, MIM bukan band yang saya cuba untuk kenal sebelum ni. Tahu ada album, tahu main post-rock. Cuma Runut Dalam Jeda (RDJ) tak resonate dengan saya sebaiknya.

Mendengar mereka, saya lebih percaya ia sebuah perjalanan mendengar ambien daripada muzik. Bersih & tiada cela. Tapi, kalau itu yang mereka kejar, jadi mereka perlu tepuk tangan dan ucap selamat.

Awal bulan Julai haritu, MIM edarkan Jagat dan Gasar. Dan sedikit-sebanyak, ia membuka persoalan baru dalam Notes saya.

Mengetahui yang penghasilan Jagat bermain dengan theremin (sebuah instrumen yang dimainkan tanpa sentuhan fizikal), ia menarik minat saya untuk menonton lagu ini dipersembahkan secara langsung. Tapi… selepas ulang-alik dengar RDJ dan lagu ini, saya sebenarnya keliru.

Kalau seluruh dunia menyanyi, siapa yang nak bercerita? Mungkin itu yang difikirkan MIM sewaktu mengarang muzik Jagat. Cuma kekeliruan timbul apabila setakat pengetahuan cetek saya, posrok adalah permainan instrumen tanpa vokal dalam keseluruhan lagu. Kalau ada pun, biasa saya dengar genre ini diiringi oleh bacaan puisi. Bukan nyanyian.

Lebar posrok saya memang tak besar. Ia masih terperangkap antara 3-4 band, jadi kalau ini masih digelar posrok, saya mungkin akan lagi keliru apa sebenarnya genre ini bawa.

Apapun, kalau boleh padam suara, saya percaya lagu ini dah cukup bercerita. Bukanlah sebelum ni dalam lagu-lagu MIM langsung tak ada vokal. Dalam Exequy, kita dapat koir. Sekurang-kurangnya, kedua elemen ini bersepadu baik. Jadi, antara persoalan dan ragu, sekurang-kurangnya saya masih rasa ia sebuah posrok. Tapi, Jagat? Macam mana ek?

MIM bersama DJ UNO (Gambar oleh Shakyla Ahmad)

Gasar pula sememangnya bunyi MIM yang saya dengar dalam RDJ. Dalam press release, ada disebut yang DJ UNO (penggesek cakera Pop Shuvit) anggap peluang kerjasama dengan MIM adalah sesuatu yang tak boleh dilepaskan. Saya tak pasti kenapa, tapi lagu ini interesting. Memang saya sendiri anggap kerjasama ini cool dalam pelbagai bahasa.

Pada dinamiknya. Pada ketepatan bunyi. Pada cara how ia stimulate perasaan sewaktu mendengar. Paling penting, tanpa sebarang bahasa vokal. Ini posrok yang saya faham. Sorry, Jagat.

Penerokaan muzik itu jelas bila MIM kelihatan mencuba-cuba kalau bunyi cakera yang digesek boleh masuk ke tak dengan gitar dan drum yang padat? Surprisingly, ia masuk. Dan seksi terukz. Sekurang-kurangnya dengan lagu ini, mereka buat saya nak dengar mereka lagi. Ia seronok.

Album art Jagat oleh Rafiq Rahman.

Sambil menulis ini, saya membaca reviu keseronokan orang mendengar Arakian, album penuh MIM yang akan keluar bulan ini. Rata-rata kata yang penghasilan muzik mereka kemas dan menghampiri sempurna. Mungkin sebab akhirnya, reviu-reviu ini datang daripada musician sendiri; peminat muzik paling setia. Bab teknikal, saya tak dapat masuk campur sebab mereka lebih faham dan tahu.

Untuk pendengar biasa macam saya, kalau setakat dua lagu ini, MIM tak tawarkan apa-apa yang baru. Cuma, saya masih akan dengar Arakian. Tak elok untuk pukul rata muzik mereka hanya sebab dua lagu.

Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].

Reply

or to participate.