- #mainsurat
- Posts
- Emir Nak Cakap Pasal "Emirisme"
Emir Nak Cakap Pasal "Emirisme"
oleh M. Emir
Ketika hening-sakral, sambil menikmati udara pagi, saya melihat laman web Selangorkini dan alangkah berbunganya hati yang dah lama tidak mekar ini apabila melihat cerpen ‘=’ tersiar di situ. Tetapi (yang) saya aneh, ada juga manusia yang mempertikaikannya — adakah cerpen yang meletakkan simbol sahaja boleh dianggap sebagai cerpen? Adakah ini memenuhi kriteria cerpen? Kenapa tak pakai nama watak? Saya tidak menyalahkan golongan yang menuduh saya berbidaah dalam sastera, sebaliknya memaafkan mereka dengan hati yang terbuka. Mungkin saja, mereka hidup di zaman dinosaur kerana tidak faham bagaimana sastera ini berkembang.
Kesucian & kebeningan sastera wajib dipelihara sebenarnya, tetapi saya ada falsafah yang aneh [tidak paksa pun kalian ikut atau percaya], saya gemar berkata: apa gunanya kesucian sastera jika kita tidak mahu menyucikannya?
Credit: BRAIN oleh Kelly Pound
Saya masih terima cara lama, tetapi agak kecewa apabila cara baru ditempeleng-terajang-lempang dengan begitu sahaja. Apabila menulis ‘=’, saya terinspirasi daripada buku Wan Nor Azriq yang menyebabkan saya terfikir begini: oh, boleh buat macam ni ya?
Secara teknikal, cerpen ini sebenarnya mahu memperkenalkan gaya ‘emirisme’ dalam sastera. Bagaimana caranya bekerja? Memang orang kata tak elok kalau letak simbol =/./’’/ & lain-lain sebagai tajuk, tetapi itulah saya. Gaya pencerpenan/ kepenyairan saya adalah melawan. Maka, kalau kalian mahu menganggapnya sebagai cerpen, cerpenlah ia.
Jack Malik & Wan Nor Azriq Dalam ‘=’
Bilamana anda membaca sebahagian karya Jack Malik, pasti ada antara kalian yang kata begini: rosak bahasa Melayu kita. Pasti akan ada reformis totok, pemikir sewel & penyiasat ‘intelektual’ padahal mereka semua nothing. Jack Malik — penyajak kelahiran Ipoh ini amat digemari saya sehinggakan karya-karyanya menjadi rujukan. Ada petikan sajak dalam cerpen itu antaranya saya belajar daripada karyanya. Contohnya pada bahagian “(h)alam(an)ku : ya(h)!”
Boleh dibaca dengan dua cara:
Halamanku : yah
Alamku : ya
Terima kasih yang teramat kepada abang Jack yang membimbing saya menggunakan teknik ini.
Melalui Wan Nor Azriq saya mula mengenali apakah itu cerita dalam cerita — hasil cuba jaya, terhasillah cerpen ‘=’. Insya-Allah.
Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].
Reply