- #mainsurat
- Posts
- Band Yang Kekal Lemas Biarpun Melaung “Set Me Free”
Band Yang Kekal Lemas Biarpun Melaung “Set Me Free”
oleh gridmeja
Februari lepas, psikiatri ditemukan. Lepas lima sesi, tiba-tiba bukan aku yang hilang, tapi psikiatri pergi meninggalkan aku lemas dalam kedalaman nak-mati yang memenuhi sebulan hidup. Kalau ia adalah pili air yang dibuka sepanjang bulan, akuarium akan melimpah-limpah, bil akan naik, duit akan habis dan kalau gaji sekadar ciput, aku akan kembali memikirkan nak-mati sebagai penyelesaian hidup.
Namun, antara kabut dan hiruk, kekallah aku mencari kebebasan dari resah yang tak cool ini. Ketika itu, aku semak balik emel dan pilih untuk baca press release yang dikirim dulu. Tentang Beyond The Misguided. Yang meminta untuk bebas dari kelemasan. Macam aku.
Sebenarnya ketika mereka hubungi maingayong Februari lepas, kami terpaksa tolak daripada membuat sebarang liputan sebab kami bukanlah pendengar Metal yang tekun. Beberapa lagu diketahu dan, dimasukkan ke dalam library Apple Music namun ia sekadar terhenti di "Oh, lagu ni sedap!". Tak disambung ke dalam sebuah perbincangan ilmiah.
Cuma, macam takdir yang tak boleh dielak, sebab aku lemas dan memilih untuk ulang dengar EP ini, jadi aku rasa ada tangan yang cuba untuk tarik aku “keluar” walaupun sebenarnya struggle.
Beyond The Misguided selepas perform.
Beyond The Misguided melancarkan EP pertama mereka, Set Me Free, selepas beberapa single didagangkan di streaming platform. Band yang ditubuhkan ketika Covid-19 ini terdiri daripada lima orang yang berkumpul dari pelbagai lokasi serata Malaysia sebab nak buat Melodic Metalcore yang mereka percaya, ini adalah hati mereka.
EP yang katanya meneroka tema pembebasan dan pemberontakan daripada cengkaman penindasan ini dilengkapi dengan lima lagu. Kata gitaris mereka, "Ini adalah battle cry kepada mereka yang ditindas agar bangkit melawan dan kejar kebebasan yang diidamkan. Tak kiralah apa pun jenis penindasan; prejudis masyarakat, tindakan ketenteraan mahupun internal struggles, ini adalah soundtrack untuk kita semua bangkit!".
Aku kira, tidaklah salah tanggapan aku yang sedang lemas untuk rasa macam ada orang cuba “bawa aku keluar” bila dengar gitaris mereka, Nikki, kata macam ini.
Album art untuk “Set Me Free” oleh Beyond The Misguided.
Set Me Free dibuka dengan "Let me introduce you to my diary of pain" daripada lagu pertama, Diary Of Pain, semacam sebuah announcement, "EP kali ini adalah pasal cerita kitorang tau. Kau dengar ni!". Liriknya ditulis cermat macam sebuah cerita pendek dalam bentuk lirik. Puitisnya tak ada, maka ia jauh daripada puisi. Cuma ceritanya ada, jadi lengkap untuk kita kata ia sebuah lirik.
Ragu yang bercakap dalam hati aku, yang tengah jerit tapi tak boleh korang dengar, diberitahu dalam korus "Hoping to find the will to fight/ I'm drowning in sorrow/ Reaching towards the gentle light/ To guide me tomorrow". Lafaznya dalam lagu ini pun meleret-leret, macam rintihan bila kita melihat kesayangan mati. Mungkin, ini rintihan hati kita yang tanpa sedar sedang perlahan-lahan menuju mati. Jadi, bila Beyond The Misguided laung SET ME FREE! untuk menutup korus, kita macam tersedar dan rasa nak hidup balik. Perjalanan menuju mati tadi gagal.
Namun, suka mendengar Diary of Pain ini tamat setelah habis The Misguided yang bercerita hanya melalui instrumental. Kekecewaan hadir bila Paksi Tiga muncul. Biarpun melodinya aku kira paling senang untuk pendengar sing-along, tapi alahai, liriknya kucar-kacir dengan perkataan-perkataan yang tidak menentu. Buatkan aku rasa lemas balik.
Sebenarnya, liriknya mudah. Ketika baris "Dalam dunia pancaroba/ Hitam putih tiada beza/ Dalam alam inca binca/ Sifat jahat jadi pujangga", kita boleh cuba teka-teka yang lagu ini mungkin cuba mengungkapkan tentang pergolakan kuasa di dunia. Because of orang jahat yang pegang kuasa, therefore mereka kerap menindas, membawa bencana dan here we are, yang marhaen, terseksa.
Namun, ceritanya tak sampai sebab penuh dengan perkataan tak kenal macam rakna dan inca binca. Memang kita boleh semak kamus, tapi aku percaya lirik yang bagus adalah bahasa percakapan kita yang dipuitiskan. Mungkin sebab itu juga, sejak Malique keluar Pejamkan Mata, aku tak gemar sangat lagu dia. Nak bercerita ke nak suruh orang belek kamus tiap kali kau bercakap?
Namun, masalah paling besar adalah kerana penulis, Matafikir, sibuk nak berselindung dalam kata-kata dan ingin “mencapai” so-called kepuitisan bercerita, membuatkan cerita sebenar dalam lagu ini perlu diteka-teka atau dalam bahasa lain, tak sampai. Kalau aku kata tangan yang nak capai aku tadi struggle, inilah puncanya. Aku yang hampir bebas, kembali lemas sebab tangan tak berjaya sampai.
Juga, setiap baris lagu ini diakhiri dengan vokal "a". Memang lebih banyak perkataan yang mudah dicari berakhir dengan huruf ini, tapi soalan lain adalah apakah sebenarnya... kosa kata penulis tidak besar?
Kalau ada ranking, aku akan letak Intolerence nombor satu. Sebab semangat liriknya diterjemahkan sehabis baik dalam muzik yang dicipta. "Keep talk shit/ Your words have no meaning to me" dilafaz dengan dram dan gitar yang intens buatkan kita rasa semangat nak cakap benda ni pada orang. Sedih dalam Diary of Pain tadi akhirnya dibebaskan oleh Intolerence yang mengajak kita sahut Justice!
Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].
Reply