- #mainsurat
- Posts
- Ilustrasi Sebagai Tanda Protes!
Ilustrasi Sebagai Tanda Protes!
oleh Aliff Awan
Selain kurma dan air kosong yang mengisi perut ketika Sahur, tahun ini puasa saya kenyang dengan beberapa artists yang ditekuni melalui hashtag #RamadanSketchChallenge2024 atau #RamadhanSketchChallenge2024 (#RSC2024) di Instagram.
Hashtag ini suatu usaha oleh KL Sketch Nation (KLSN) untuk memeriahkan bulan paling panas ini dengan satu acara dengan konsep “Ganti lunch korang dengan sketch something!”. Sebelum puasa, sejumlah prompt akan dikongsi dan KLSN akan ajak kita untuk join lukis dan share setiap hari.
Sekalipun gemar melihat artist-artist ini menconteng tiap hari, secara peribadi, beberapa tahun ini, saya kurang jelas dengan konsep buat-art-hari-hari. Dulu, saya pernah menulis setiap hari mengikut prompt untuk sebuah acara bulanan yang dilakukan oleh Makhluk Seni. Kemudian, bila acara selesai, saya menggeleng-geleng kepala sebab… daripada 30 hasil, berapa banyak yang sebetul-betulnya berkualiti? Atau upaya saya saja yang sebenarnya gagal untuk menulis hemat tiap hari? Atau mungkin juga, itu sebab acara ini dipanggil sebagai sketch atau conteng. Ia bukan produk akhir, jadi tak semestinya perlu sempurna.
Sambil godek-godek tanda pagar tadi, saya temui seorang illustrator yang tak boleh tidak, menarik mata dan hati saya tiap hari. Warnanya pastel, contengannya nampak bersahaja tapi gayanya kekal. Dalam hati, mungkin illustrator ini telah capai matang dan upayanya ada gaya sendiri.
Ilustrasi #UnmuteGaza 1 oleh Ayuni Unzir.
Di bio IG-nya, ada satu link yang membawa saya menekuni dua lagi ilustrasinya yang menghibakan. Tentang Gaza. Tentang Palestin yang porak-peranda. Tentang kesan kekejaman pembunuhan beramai-ramai oleh Israel laknat. Dua lukisan tersebut termasuk dalam sebuah tanda pagar lain iaitu #UnmuteGaza. Saya tahu, ketika ini, saya perlu hubungi Ayuni Unzir segera untuk bertanya lanjut.
AA:
Apa yang anda rasakan tentang ilustrasi-ilustrasi anda untuk #RamadanSketchChallenge2024?
Ayuni Unzir:
Saya agak berpuas hati dengan konsistensi dan kualiti ilustrasi-ilustrasi saya untuk #RamadhanSketchChallenge2004. Bagi saya, ianya lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Saya cenderung untuk mengaitkan ilustrasi-ilustrasi saya dengan kata-kata/quotes yang bermakna dengan harapan ia memberi manfaat kepada sesiapa yang melihatnya.
AA:
Saya memang ada perasan beberapa ilustrasi Ayuni ada masanya sekadar satu objek, ada masanya pula ia lebih deep dengan quotes yang diselit. Ada sebab kenapa Ayuni membezakan dua jenis approach ini?
Ayuni Unzir:
Selalunya, ilustrasi saya dipengaruhi oleh masa dan keadaan sekeliling. Sejak kecil, saya sudah mula menconteng pada buku-buku dan kertas-kertas kosong, tidak kira di mana saya berada untuk express apa yang ada di minda pada waktu itu. Habit ini berterusan hingga saya dewasa.
Saya cuba untuk tidak hanya menunggu waktu yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu. Agak sukar untuk saya teruskan habit doodle whenever wherever kerana role saya sebagai ibu adakalanya menuntut saya untuk fokus pada perkara yang lebih penting pada sesuatu masa. It’s all about giving the right attention to the right situations🙂.
Pada masa yang lebih lapang, ilustrasi lebih detailed dapat saya hasilkan. Temanya tetap sama iaitu create to express dan kadangkala, expression saya untuk ilustrasi itu menjadi lebih lengkap dengan quotes yang diselitkan. Hasil ilustrasi saya memang nampak berlainan dari satu dengan yang lain dan bagi saya, ia menggambarkan kehidupan yang mempunyai pelbagai senario dan tuntutan.
Ilustrasi Higher Path - 19 Januari 2024.
AA:
Actually saya suka the idea of create to express bila ada masa lebih lapang tu. Teringin nak tahu, apa cerita disebalik ilustrasi "Higher Path - 19 Januari 2024"?
Ayuni Unzir:
“Higher Path” ialah mengenai keberanian untuk mengambil masa bertenang semasa berinteraksi di media sosial. Selalu kita lihat situasi balas-membalas komen di media sosial untuk membuktikan pandangan masing-masing, yang kadangkala berpaksikan emosi semata-mata.
Saya cuba untuk sampaikan yang walaupun berdiam sejenak semasa adanya konflik itu tidak mudah, dan mungkin seseorang itu akan terlihat lemah, namun ia boleh membawa kebaikan kerana ia memberi masa untuk kita betul-betul cool down, berfikir dan memberi respon yang sebaiknya.
AA:
Jika ada satu perkara dalam menghasilkan ilustrasi atau karya yang Ayuni selalu berharap boleh capai, what will it be?
Ayuni Unzir:
Buat masa sekarang, antara impian saya ialah menghasilkan art prints yang berkualiti tinggi secara lokal untuk ilustrasi-ilustrasi minimalis yang telah saya hasilkan. Goal tu agak personal kerana saya amat meminati seni wall art yang memberi ketenangan di samping menceriakan ruang-ruang di dalam rumah.
Ilustrasi #UnmuteGaza 2 oleh Ayuni Unzir.
AA:
Kenapa 2 gambar oleh Belal Khaled tersebut anda pilih untuk jadikan ilustrasi untuk #UnmuteGaza?
Ayuni Unzir:
Saya memilih gambar pertama, seorang kanak-kanak Gaza yang bernama Ghina, kerana renungan matanya sangat tajam walaupun berada dalam keadaan lemah. Pandangannya tepat ke arah lensa kamera seakan-akan berkata speak about me, be my voice.
Untuk gambar kedua, iaitu gambar tangan-tangan penduduk Gaza yang berebut untuk mengambil air mineral, dipilih oleh saya kerana bagi saya ia merupakan satu simbol kekejaman yang berdekad lamanya oleh pihak penjajah Israel ke atas penduduk Palestin, yang menyekat segala segi keperluan asas seorang manusia untuk menjalani kehidupan.
Setahu saya, ilustrasi Ghina banyak dicetak dan ditampal di sekitar Barcelona oleh aktivis/artis di sana. Walaupun saya tidak berpeluang untuk menghadiri protes-protes di seluruh dunia secara fizikal, saya gembira apabila hasil ilustrasi saya dapat menjadi salah satu suara kecil dalam menyokong pembebasan Palestin.
AA:
Siapakah Ayuni Unzir sebenarnya?
Ayuni Unzir:
Fuh.. susah ya soalan ni 🥹
So in short, I see myself as a person who wants to do my part to the best of my ability in every phase of my life. Honestly masih figure out what I do best, so in the mean time, it’s drawing and trying new stuff every now and then. Wish me luck and wisdom!
Biarpun Ayuni Unzir berasa sukar untuk memperkenalkan dirinya, kami suggest anda untuk semak Instagram-nya di SINI untuk kenal-kenal tentang illustrator yang best ini!
Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].
Reply