• #mainsurat
  • Posts
  • Tak Cukup Abjad dan Aksara Nak Puji

Tak Cukup Abjad dan Aksara Nak Puji

Abjad Aksara adalah masa depan rock alternatif Malaysia. Bunyinya ada racikan post-punk dan shoegaze, berhias melodi dan susunan pop.

Kenapa?

i) Penggunaan bahasa mudah. Cukup ringkas untuk sing-along. Melodi? Melekat dengan sekali dengar.

Ciri-ciri ini agak lesap dalam kebanyakan pemuzik sekarang akibat cuba untuk menjadi terlalu "deep" dan "unik". Sebab itu, mesej dalam lagu-lagu Abjad Aksara ini sampai. Tak terlalu straight forward, tapi tak terlalu mencuba.

Apabila bahasa dirumitkan, maka komunikasi menjadi kurang jelas, maka perjalanan mendengar itu terjejas. Saya tak alami perkara ni masa mendengar band ini.

Setiap baris lirik hanya sekitar 3 hingga 5 patah perkataan.

Album art untuk “Menjadi Manusia” oleh Abjad Aksara.

ii) Tak ada gitar solo yang "rock". Almost tak ada gitar solo.

Drum penuh chop-chop nakal, minimal tapi berkesan.

Bass pula milik mutlak seorang bassist, bukan pemain gitar yang kena main bass. Gitar kiri dan kanan saling bercumbu macam pasangan kekasih.

Hats off to the guitar dynamic and playing. Creative decision untuk membiarkan sesetengah playing yang sloppy dan bunyi "kantoi" tu sangat mengena. Malah, ia perisa tambahan untuk vokal yang sedang beremosi.

The most excellent chemistry I have ever heard.

iii) Setiap lagu adalah satu romantika puisi yang menceritakan secara terperinci tentang satu perbuatan khas. Tak perlu banyak khayalan.

Doa - sedang mengangkat tangan, berdoa.
Bayang-Bayang - bergelap dalam bilik di bucu katil menyesali kesilapan.
Baldu - perincian apa yang berlaku ketika kita sedang berpelukan.
Pelihara - tentang Bumi yang musnah
Jalan-Jalan - di pesisir pantai mensyukuri kehidupan

Hanya manusia romantik sahaja boleh memberi perhatian dan bercerita dengan terperinci tentang sesuatu hal.

Saya yakin mereka juga mampu menulis tentang kita yang sedang mengunyah epal.

Senarai lagu dalam album “Abjad Aksara”.

Stop whatever you're doing and give it a listen.

It is so good sampai aku rasa tipu betul ini terbitan pertama mereka?

Aku masih tak habis perkataan nak puji album ni. Gila.

Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].

Reply

or to participate.