- #mainsurat
- Posts
- Sebelum Breakup, Beli CD Dulu!
Sebelum Breakup, Beli CD Dulu!
Tanpa sengaja, saya beli 4 CD ni. Lepastu saya putus cinta. Lepastu saya jatuh hati balik. Pada musicians Sarawak ini.
oleh gridmeja
Bila trip ke Kuching confirm jadi, aku kirim gambar Records Store Day kepada kekasih (nampaknya sekarang kami dah berpisah). Kata dia, ini area tempat yang kami akan duduk jadi dia pun ajak “Jom ah kita turun sana,” walaupun tak tahu menda pasal CD.
Poster Record Store Day yang dikirim kepada bekas kekasih.
Lain sikit dengan aku. Bila nampak RSD ini akan berlangsung, goals utama adalah untuk cari muzik yang dihasilkan purely oleh mereka yang berada di Sarawak. Jujurnya, lepas dengar No Good, aku sedikit kemaruk nak dengar dan tahu macam mana orang-orang daripada berlainan negeri akan try bawa muzik mereka.
Sebagai someone daripada Selangor, yang suprisingly tak ada budaya, aku memang tamak nak tengok orang lain papar ciri istimewa yang berakar dari tempat mereka lahir atau tinggal. Tidaklah bermaksud semua band dari Sarawak perlu bermain sape, cuma mereka perlu sekadar tunjuk root asal lahir hidup mereka.
Syukur, aku jumpa empat album daripada musician di sini. Terus beli dan terus dengar. Here we go, sedikit tulisan pendek mengenai mereka!
VICEROYZ (2ROYZ.FM)
Melabel diri sendiri sebagai “a Malaysian dis-pop band”, kumpulan muzik asal Samarahan, Sarawak ini menyajikan bunyi dance, indie dan synth (d, i, s dalam dis-pop) secara santun. Kalau ia adalah lagu joget, ia lagu joget goyang pinggul sikit je, tak melebih-lebih. Kalau kata mudah, ia macam bunyi lagu-lagu yang kita takkan dengar dalam BL Thailand, tapi kedengaran daripada artis-artis best dari sana macam Dept. Very soothing dan untuk mendengarkan lagu-lagu sealiran ini dalam bahasa Melayu, memang ia cukup seksi.
Dalam sebuah temu bual dengan News Sarawak Tribune, mereka sempat berkongsi macam mana proses rakaman album debut ini terakam kemas hanya selepas mereka diberi rezeki lebih untuk upgrade DAW dan belajar music producing secara serius.
Aku cuba semak kalau band ini ada apa-apa di Youtube dan tak boleh duduk diam sebab penghasilan muzik video Di’uw yang mengingatkan kita dekat semangat video klip di karaoke (tapi, setakat siaran surat ini, Di’uw telah di-privatekan). Lagu ini pasal rindukan ex, konon dah move one tapi rupanya belum. Dan ia sepenuhnya dalam bahasa Bidayuh, membuatkan everything lebih make sense. Gewramz!
3 trek terbaik mestilah WARNA KATA, DI’UW dan PLASTIK.
Drasska (Dawn Demo 2022)
Drasska dah jelas nak main genre apa. Ska kasar yang kalau tengok secara langsung, confirm puas hati. Walaupun demo, productionnya cukup untuk buat kita joget-joget juga dari rumah. Demo tahun 2022 ini terisi dua lagu; dibuka dengan Depressed yang bergerak sebagai sebuah instrumental hiburan. Sementara Lying Much ada lirik korus paling mudah iaitu mengulang-ulang judul; salah satu cara untuk jadikan sesebuah lagu memorable dan formula ini nampaknya work.
Dua lagu mungkin tak cukup untuk ditulis panjang lebar, tapi bila Drasska buka lagu, bayang Johny Comes Lately tu kuat. Atau mungkin bila sebut ska, aku tak boleh tidak teringatkan JCL memandangkan Di Simpang Tiga is in my heavy rotation tahun lepas. Tapi, aku tak pasti kalau ini memang muzik ska yang Drasska nak pegang sampai bila-bila atau ada jalan lain yang mereka tengah perlahan-lahan teroka, jadi itu sebab CD ini dianggap sebagai sebuah demo? Will Drasska jadi another band Malaysia yang main ska atau mereka akan bawa bunyi ska versi Drasska someday?
Mono & The Saturday Heroes (Radio Bovver Rok & Roll)
Serba matang, kumpulan veteran Mono & Saturday Heroes kembali dengan EP enam lagu Julai 2023 lalu. Lepas check punya check via RukunTV, barulah aku tahu Mono pernah main untuk OAG dan The Times, bersama abangnya Naza.
Album pendek Radio Bovver Rok & Roll ini membawa nafas baru kepada bunyi Oi! yang mereka pegang dari tahun 1996 dulu. Bunyinya tidak kasar, tidak lembut. Ia cuba untuk kedengaran macam “rosak”, tapi hakikatnya bersih sebagai sebuah lagu rakaman. Title track yang mengulang judul EP ini kedengaran serba kurang. Kalau bunyi-bunyian ini dimainkan dalam sebuah kotak, aku lebih percaya rakaman lagu begini perlu kedengaran sehingga lima kilometer jauhnya. Dan bila orang dengar, orang masih boleh rasa semangat. Tapi, lain dalam kes kali ini. Volume dah max pun belum tentu mampu nak buat kita joget.
Lagi-lagi apabila liriknya seakan berpesan dan mengajak kita untuk beringat. Misalnya, dalam Jadi-Jadian, vokalis mengulang-ulang “Hidup ini penuh cubaan/ Manusia punya pilihan/ Ada ikut-ikutan/ Ada jadi-jadian”, in which, ia serves as a strong opinion dan reminder kepada pendengar… hanya jika, hasilnya juga tepat ketika post-rakaman.
Namun, seperti dicakapkan tadi, kumpulan ini dah serba matang. No wonder mereka bertahan dari tahun sebelum 2000-an lagi, sebab kemunculannya tak buang masa; genrenya dipegang utuh dan terlahirlah bunyi yang konsisten dalam kesemua enam buah lagu ini. Lurve!
Kelibat (Belia, Basi, Bersinar)
Via Facebook, katanya Kelibat adalah “Band tiga-keping yang berteraskan kepada dinamika loud-quite-loud (LQL)” dan we can hear that.
Tapi… lebih gemar untuk aku letak duduk bunyi mereka ini sebagai another alternatives music yang best. Bila dengar kesemua lima lagu dalam EP sulung selepas rebrand daripada Teased Toast menjadi Kelibat, ada satu keseronokan yang terungkap. Macam muzik yang dimainkan oleh mereka terisi penuh joy baik lagu tersebut sedih atau gembira, sebab instrumentsnya diketuk-petik dan sengaja dilantun sebagai sebuah representation of emosi mereka. Benda paling mahal ni!
Lenyau ada lirik bercerita paling best daripada kesemua muzik yang aku bawa pulang dari Riverside, Kuching. Sekadar mengulang-ulang baris, tapi sebab liriknya adalah fikiran dan perasaan selepas something really bad happen, jadi ia berjaya untuk buat aku rasa macam ada orang tengah lafazkan dan nyanyikan on my behalf. That’s how powerful Kelibat can be dan tak ada bahasa yang cukup aku boleh gambarkan buat masa sekarang.
Dari Damansara, aku doa semua band ini akan terus diberikan rezeki, ruang, duit dan keseronokan bermain muzik sampai bila-bila. Paling penting, organizers, ini masanya untuk bawa mereka ke mana-mana mereka patut berada!
Hantarkan kiriman anda berupa surat, ulasan, kritikan, reviu, komen, esei tentang seni atau apa-apa yang seangkatan dengannya kepada [email protected].
Reply